Salam
It's been a while aku tak betul-betul tulis tentang diri sendiri dalam blog.
Segala berkias bagai sampai aku sendiri baca pun aku tak faham.
Habis cuti bergembira raya ni, memang siap siaga la dengan segala macam benda bersusun.
Due date assignment berderet-deret.
PA, Sociolingiuistics, Semantics.
More quizzes to come, mid term exams to sit, tons materials to read. blah blah blah.
And I am totally not ready.
Orang kata; 'alah, korang senang je. belajar pasal bahasa. kitorang punya course susah,kena kira la apa semua'.
I seriously wanna slap that face who talks like that.
You learn what your course require you to learn, and do not ever underestimate us for what we are doing lah.
If you are sooo really bagus, come and buat kerja kitorang. Lagi mau cakap besar.
But, this is life.
Kalau boleh pilih, aku mau terus bergelumang dengan due date-due date yang boleh buat gaduh ni sampai bila-bila.
Sebab masa tengah kalut nak siapkan segala task tu la the best ever moment to feel. Best gilak.
Boleh maki hamun sikit-sikit kalau dah suntuk sangat, boleh buat macam pandai tak payah recheck dan sebagainya.
Memang ampun best. Tak percaya, ce try buat kerja last minute. Yeah.
Masa cuti-cuti ni la, aku teringat waktu petang-petang pergi cafe nak dinner. Malam lepak tengok movie kejap, baru start study. (Kalau ada tuntutan la). haha
Bosan-bosan habis sangat, pergi ketuk bilik org pulak.
Gosip-gosip, makan-makan. Woh, apa punya syurga ni.
Tapi, enjoy-enjoy jugak.
Cumanya aku rasa syukur sangat sebab di keliling aku semua sahabat-sahabat yang bukan mudah lupa diri, yang bila lalai sama-sama mengingatkan.
Masa nak gelak, suka hati kau la sampai nak terkeluar anak tekak pun.
Kesah ape kan. tapi kalau esok ada test, ada term paper kena submit, buat bagi siap la.
Aku syukur sangat sebab aku dapat kawan-kawan yang bukan jenis backstab member.
Bukan yang senang hati tengok kawan jatuh, kawan susah.
InsyaAllah, selagi boleh ukhuwah ni kitorang akan jaga sampai bila-bila. Shoot. Emo pulak.
Lepas tu pulak, masa tengah seronok-seronok mesti teringat dekat bestfriends masa sekolah dulu.
Para, Pini, Dayah, Yana, Kk, As smua.
Budak-budak yang ni la yang satu sekolah dulu nak kutuk-kutuk, bising la, gedik la ape semua.
Alhamdulillah geng aku semua masuk unibersiti. Cool je. Sampai sekrang kitorang cool lagi. Yeah.
Teringat masa prep dulu-dulu, Pini selalu suruh aku potong kuku dia. Manja tahap pusing kepala 360 darjah.
Study sama-sama, tapi aku memang tak join kalau semua nak study akaun dgn add math. Serius tak akan.
Main tiru je, mintak belas ihsan yang sifu. Bab-bab nombor ni selalunya Pini dgn Dayah la tekong.
Kitorang study memang bising. Jadi bahan anti je ni.
Kalau masa rehat mesti berebut-rebut, sempat pulak menari kat tangga.
Ni la bahan asyik kena kutuk. Semua tu memang indah gila.
Aku sekarang memang sangat kurang sabar nak jejak kaki ke syurga kecil aku tu.
Nak jenguk oink-oink 12 ekor, nak tukar cadar baru beli, nak cuci habuk kat novel-novel. ohh..
And then, I'm going to get busy with all the great tasks, the assignments, the tests and everything. Final exams are just around the corner and need a very good preparation if I don't want it to be like last semester. Berterabur. Aku pun tak tau apa nak jadi.
Moga-moga Allah permudahkan setiap langkah yang aku akan lalu nanti. InsyaAllah, semua ok.
Loads of Love,
Nisha
* gambar en.bird tiada di tepi bukan kerana dia hilang dari hati, cuma rasa ingin lebih privasi untuk kisah sensasi sendiri. sekian.