2.1.12

Mengamuk

Kita marah polis kita pukul mahasiswa sampai koma,
tetapi kita tidak tanya kenapa polis pukul mahasiswa kita sampai koma.

Kita marah polis buat kerja macam orang gila,
tapi kita tidak tanya kenapa mahasiswa kita malam-malam buta di jalan raya, sampai polis menggila.

Kita marah polis ada senjata.
Mahasiswa kita tidak buat apa-apa, cuma perang kata-kata.

Kita marah. Kita caci dan kita maki.

Polis kita garang, baran juga ya?
Pukul manja-manja apa salahnya? Kenapa sampai jadi koma?

Tak pandai borak politik. Sekadar tengok dari sudut tengah.
Pensyarah aku ada cakap, manusia akan bertindak apabila diprovok.

Mahasiswa diprovok? Atau polis diprovok?
Dua-dua sama.

Anak-anak kita kuat berlawan.
Mereka berani.
Tetapi mereka tidak mahu mengundi, takut kerajaan menipu kira undi.
Anak-anak cina india pula pulun study. Mereka punya visi dan misi.
Di dalam diam mereka perhati.
Bila tiba waktu mengundi, mereka undi.

Kalau kita tahu atasan kita kuku besi, sebenarnya sudah tiada kesan kita ke jalanan menjerit minta itu minta ini.
Kerana kita pasti tahu kesannya nanti untuk diri.

Apa kata cuba cara lain, yang tidak memakan diri, dan paling penting tidak juga ibu dan ayah luluh hati.

Bila awak koma, ibu bapamu berduka.
Salahnya polis, tetapi siapa yang mula?

Akarnya diri. Dedaunan, bebuahan nan rimbunan pohon itu adalah penyatuan diri-diri membentuk komuniti.
Bukan rimbunan yang membangkit api, tetapi rimbunan yang menambah seri.

Darah anak-anak Malaysia, jangan dipandang sia.
Mereka muda, mereka bertenaga.
Tetapi polis ada senjata. Anak muda, jaga-jaga ya? ;)

Malaysiaku, semoga dibawah lindungan Tuhan sentiasa.


* pernah tengok bullfight? Lembu diam diganggu-ganggu, lembu marah, lembu yang salah.

4 comments:

Amanda said...

terbaik

Unknown said...

Anak-anak kita kuat berlawan.
Mereka berani.
Tetapi mereka tidak mahu mengundi, takut kerajaan menipu kira undi.
Anak-anak cina india pula pulun study. Mereka punya visi dan misi.
Di dalam diam mereka perhati.
Bila tiba waktu mengundi, mereka undi.

suka ayat ni.

dan ayat terakhir buat saya gelak.
selepas membayangkan, siapa lembu dan siapa yang menganggu.

Hizwan Nizam said...

dadah yang paling bahaya ialah amarah.
dan,
aksi yang paling terpuaka tercetus dari lemah jiwa dan cetek akal.
semoga Allah terus menerus beri hidayah dan inayahNya pada kita semua =)

N.I said...

Amanda! :)

Lembu, mana-mana pihak boleh jadi. Huu

Kuatnya manusia itu bukan dari suara dan tindakan lantang, tetapi dari kesabaran.

Wallahualam.