Bila kita tengok orang lain yang lagi senang, kita selalu merasa kita tidak punya apa-apa dibanding mereka.
Tetapi kita lupa, sebenarnya ada yang lebih susah dan merana hidup mereka berbanding kita.
Kita perlu bermuhasabah, dan bersyukur.
Jika tiada syukur, cari ia.
Dapatkan ia.
Semalam waktu keluar untuk bayar bil broadband, ada dua tiga perkara yang buat aku rasa betapa hilangnya manusia di dalam manusia.
Alhamdulillah, ada rezeki buat bayar bil broadband.
Bila ada line broadband, dapat buat kerja. Macam-macam kerja.
Terima kasih abah, terima kasih mak sebab kalau tak ada yang berdua ini, aku ini kucar-kacir terumbang-ambing.
Semalam di LRT, ada seorang pakcik di stesen, bertongkat mencari arah. Dia kurang nampak.
Bertanya dia dimana kaunter tiket, 'pakcik tak nampak.'
Aku dan kawan baik bawa pakcik ke kaunter tiket untuk dapatkan tiket, dan tanya kemana.
'Pakcik dah 2 jam tunggu.'
'Pakcik tunggu kawan pakcik, tapi dia tak datang'.
'Call pun tak angkat.'
2 jam, dan manusia dia stesen ini semuanya kemana? Mata semuanya kemana?
Kenapa tidak dibawa duduk pakcik ini dan dibantu apa yang sepatutnya?
Anak-anak, kenapa biar abah jalan seorang dalam keadaan uzur bertongkat, seorang diri mencari kawan?
Kalau ikutkan aku yang cengeng, di situ juga tumpah airmata.
Dan sebenarnya kami berdua di dalam tren, masing-masing bergenang mengenangkan pakcik nan seorang.
Dalam perjalanan balik semula ke UIA, seorang anak gadis menengking, melengking suaranya menjerit kepada si ibu.
Tidak pasti apa yang dimarahkan.
Aku terpandang muka si ibu, nampak tersentak.
Sedangkan handphone putih yang awak pegang itu sayang, kasut awak, baju cantik awak, semuanya dibeli untuk awak oleh ibu dek kerana kasihnya dia terhadap anaknya.
Tetapi ibu itu ditinggal di belakang, bersama jalan yang menghentak-hentak, rengusan kasar si anak.
Tak tahu betapa luluh hati si ibu ketika itu.
Sepanjang jalan, di kepala aku cuma mak dan abah.
Mak, abah.
Kurnia Tuhan paling mulia pernah aku ada dalam dunia, yang tidak akan mampu digalang-ganti mereka.
Tapi kenapa masih ada yang tak pandang, tak rasa mak abah mereka berharga?
Bila aku kenang semula perangai-perangai aku dengan mak abah sepanjang hidup ni, aku rasa penuhnya dosa kalau nak dibanding jasa.
Tak terhitung! Rasa nak sujud minta ampun maaf tiap masa. Sungguh tak terhitung!
* semoga dijauhkan menjadi anak derhaka. Batu belah batu konkrit. :p
1 comment:
bila cinta hanya pada harta dan rupa =)
Post a Comment