17.12.10

Puisi Cinta

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata
'Aku turut berbahagia untukmu'

Apabila cinta tidak berhasil... BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI..
Ingatlah... bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi.. ketika cinta itu mati.. kamu TIDAK perlu mati
bersamanya...

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

Kahlil Gibran



*selesai nanti cerita dengan perempuan-perempuan cantik yang dipuja, selaklah jendela. lihat aku yang tidak pernah mahu dijemput masuk, jauh sekali dihidang minum. jangan jemput, aku sedia bersila. bila kau keluar, aku akan bawa kau ke taman yang kujanji. juga ke tasik mengunjuk pelangi. aku sudah bentang kain kotak-kotak merah hati dan bekal-bekal piknik mahu bacakan kau puisi.

*tahu siapa? aku tahu. Tuhan lagi tahu.

4 comments:

afdhalluddin said...

saya suka...

Anonymous said...

besh2!

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

....................

N.I said...

ada ke yang tak suka puisi kahlil gibran? :)