* via facebook.
sepatutnya aku balik Penang.
tapi aku tak dapat balik, sem dah mula, pitih takda. ralat sikit.
tapi apa-apa pun Asshu, aku doakan yang terbaik untuk hang dan semoga majlis berjalan lancar ye sayang. jangan nervous-nervous, ghenyih ja lebaq-lebaq. baru lawa. hehe.
Asshu dah jumpa langkah seterusnya dalam hidup, semoga langkah-langkah berikutnya untuk Asshu lancar.
oh, Asshu ni kawan baik aku masa sekolah, selain anak segeng dan Atin.
dia selalu angkut aku balik rumah dia, makan sedap-sedap, bawa jalan-jalan Pokok Sena.
dan kami akan berjaga sampai Subuh untuk cerita benda yang sama berulang-ulang kali dan gelak.
kat asrama kami akan bergolek sama-sama atas katil sementara tunggu prep.
kami sama-sama melalui fasa putus cinta pertama, lalu menangis sama-sama.
Asshu sangat faham aku, kadang-kadang belum sebut pun dia dah tau.
Asshu jauh, namun terbaik dalam dunia.
Asshu ni panggilan anak saudara As kat dia. kat aku, anak saudara As panggil Sisha aka C-sha.
setail. eheh.
sayang Asmahani banyak gila.
18 Disember 2010, selamat. :)
No comments:
Post a Comment