26.12.10

merusuh

yang satu Tuhan tarik.
yang lagi empat, lima Tuhan kata masih mahu hu-ha.
yang satu Tuhan pegang, tak ada gerak tindak apa-apa.

yang Tuhan pegang itu, aku tunggu Tuhan pegang dengan aku sama-sama.

sampai satu tahap, masalah bukan datang satu dua lagi dah.
dia datang tujuh lapan sekaligus.

tertakluk apa cara kita mengatasinya.
tindakan refleks, aku cari manusia paling dekat dalam kepala.
ada dua; satu, Para Jam. satu lagi, dia tahu dia siapa.
walaupun jawapan dia cuma memaksudkan 'padan muka kau'.

lepas bengkak mata teresak-esak tadi dengan segala macam cerita kurang ajar dunia,
aku baca semula ayat-ayat yang tak menenangkan.
cukup buat aku lapang.

lapang yang tak boleh bawa ke tidur.
nyatanya, dingin.

aku rindu satu jasad di Istana Budaya.
aku teringat satu kelibat di Balai Seni Lukis Negara.

aku terpaksa kecewakan banyak manusia sebab aku pilih mahu tunggu satu saja jiwa dalam dunia.
jiwa yang memilih untuk kecewakan aku juga.

pergi balik, kosong.

cerita jodoh. macam Tuhan kurnia untuk Arep dan Wana.
semoga dikekalkan mereka sampai bila-bila.

setenang-tenangnya lepas Isya'.
habis semua aku cerita dengan Yang Atas, sebab mahu kongsi cerita dengan dia, dia tak daya.
dia tak mahu ada daya secebis pun untuk aku sebenarnya.


* bila jatuh, Tuhan pemberi jawapan paling bijaksana. mak abah, adik doa mak abah terus-terus sihat. jangan luka-luka.

4 comments:

Anonymous said...

saya tahu bagaimana rasa itu.

"aku terpaksa kecewakan banyak manusia sebab aku pilih mahu tunggu satu saja jiwa dalam dunia.
jiwa yang memilih untuk kecewakan aku juga."

kuatlah.pasti Dia punya perancangan yang jauh lebih indah.pasti.:)

Para Jamaludin said...

hehe.
tak apa. jodoh derang.
jodoh awak tu tuhan hold dulu.
dia kiv.
bukan mia.

ha, dah, sape nak cerita pasal jodoh aku pulak ni?

ke tuhan suruh kurus dulu? aiyak!

cendera jiwa said...

like this

Nisha Ismail said...

anon: memang, kan? :)

para: haha. tiba-tiba dah ada yang sua, rancang akad rancang nikah. tinggal aku nak kata ya tidak ja.

cendera jiwa: :)