26.12.10

Amal


mula petang nanti sampai Selasa, aku akan sibuk buat kerja-kerja hotel.
gian tak ingat juga nak buat kerja-kerja urusetia ni.
dulu masa aktif GPMS bukan main, segala persidangan kenduri nak bersepah je muka.
jadi untuk 3 malam berturut-turut ni, aku akan berkumpul semula dengan kawan-kawan GPMS, adalah dalam dua tiga kerat, jaga catering. hehe.

namanya pun Malam Amal Setulus Kasih Maher Zain (adalah hendaknya Maher Zain nanti), haruslah tukar mood masuk line Maher Zain sikit.
tapi, suara original Maher Zain dah selalu sangat orang dengar gamaknya, ye dak?
apa kata, korang dengar suara adik junior sekolah rendah aku pulak.
tu ha, yang duduk baju hitam tu.
boleh tahan mamat ni cover Inshaallah dekat Jordan sana. bukan main.

semoga anak-anak Titian Kasih dikurnia rasa terpaling gembira selepas kutipan Malam Amal nanti.
kita rasa kita susah; rumah kecil, bilik kecil, hati rawan.
tapi budak-budak ni; kena halau sana-sini, pendidikan tak stabil, makanan tak cukup. lagi susah.

semoga mereka kaya jiwa.
Tuhan lihat takwa, bukan rupa bukan benda.


:)

2 comments:

tepianmuara said...

pergh, fakhru.

bukan main.
naqib saya tuu.

haha.

Nisha Ismail said...

yang mana fakhru? haha.

subhanallah. kecil dunia. :)