30.12.10

Malam Amal Setulus Kasih bersama Maher Zain







dalam berpuluh-puluh program aku pergi, inilah program yang aku rasa job-scope tak berapa mengancam. kami diarahkan menjaga food and beveration yang mana segalanya dah diatur oleh pihak hotel.
jadi sudahnya, kerja kami jadi entah apa-apa.
jaga pintu, jaga keluar masuk, assist penyambut tetamu, assist security, jaga laluan dan paling tak sangka jaga budak-budak yang mak nya tengah makan.

bila tak ada kerja tetap, tak ada pembahagian tugas yang teratur, keadaan volunteers akan kacau bilau. masing-masing akan tertanya-tanya nak buat apa, nak buat apa.
bila tolong buat kerja orang lain, dikatakan menyibuk.
bila buat kerja sendiri yang obviously cuma berdiri, dikatakan tak buat kerja.

apa-apa pun, untuk buat keadaan diri terkawal dan tak mau pudarkan semangat masing-masing,
kami cuba sehabis daya membantu melancarkan program terutamanya bila fikirkan adik-adik Rumah Titian Kasih (RTK).
adik-adik ni nakal ya amat, tapi baik-baik belaka.
ada sekali tu aku makan nugget McD yang Kak Ainun bagi, seorang adik RTK ternampak.
aku panggil nak suapkan dia.
dia tanya siapa punya, aku jawab 'kawan kakak beli tadi, nah rasa'.
dia jawab, 'kena mintak izin dulu kan, kakak?'.
selalunya kalau anak-anak umur lebih kurang 8 tahun macam tu, mau dia telan je nugget tu.

seronok bila tengok meja penuh.
memang ramai sungguh peminat Maher Zain, dan memang ramai sungguh orang Melayu yang kaya sekarang ni boleh beli tiket ribu-ribu.
semoga Tuhan balas budi baik semua yang menyumbang untuk dana RTK.
dan semua sangat semangat bila Maher Zain keluar dari backstage.
siap melompat nak tangkap gambar. haha.
kawan volunteers aku cakap, 'kita ni Maher Zain lalu sebelah dah tak rasa apa dah. dah mahir.' :D

dua tiga perkara ralat kami tolak tepi dan kami senyum saja atas kualiti masa yang kami ada sama-sama sepanjang 3 hari.
semua volunteers, daripada organizer sampailah ke crew semua baik-baik belaka.
kenangkan hati-hati baik dan jiwa-jiwa cantik yang terlibat program amal ni,
khilaf cacat sikit-sikit tu dah tak ada benda sangat nak fikir pun.
bila kerja berkumpulan, profesionaliti sangat penting. heh.

dan aku rasa banyak juga lagu Maher Zain aku dah hafal.
semoga Tuhan berkati usaha dakwahnya.

terima kasih team Muslim Aid dan GEMADA. :)

5 comments:

haikadove said...

awwwh. bestnyeee k.nisha!!;D

N.I said...

hehe. best best. :D

Anonymous said...

Suka Maher Zain! Untung laaaa!

N.I said...

dobot: hehe. pengalaman saja. :)

along nordin said...

GEMADA stands for ______ ?
dulu pernah join 1 persatuan with the same name.