31.12.10

leaving the charming 2010, welcoming the beautiful 2011. :)

kurang 24 jam, aku akan tinggalkan buku 2010 yang terlalu banyak mencatit cerita.
daripada cerita terpaling gembira sehingga sebuah cerita terpaling menyembam ke lantai dunia.
semua cukup lengkap, cukup rasa untuk satu tahun hidup.
dan jika ditanya, 2010 bakal menjadi tahun kesayangan aku untuk setiap budi baiknya membikin aku menjadi manusia.

untuk satu lagi tahun berikutnya yang bakal mencipta cerita-cerita baru untuk detik-detik baru, tak ada banyak yang bakal berubah.
cuma berganti angka tahunan dan naik setingkat umur.

minta Tuhan permudahkan setiap jalan-jalan kita, memperindahkan setiap cinta dan hati kita, memperelokkan setiap jiwa dan budi kita, serta menjaga iman dan ukhwah masing-masing di antara kita.
selamat 2011 sayang-sayang semua.
:)

menanti 10.11.12, bersedia.


* ketika pagi datang, orang yang lalai akan berfikir apa yang harus dikerjakannya. sedangkan orang yang berakal akan berfikir apa yang akan dilakukan Allah kepadanya. -Ibnu Athaillah.


6 comments:

Hazrin said...

fufufufufufuhhhhh

Nisha Ismail said...

kah kah. fokus fokus, nanti kalah match.

Fatin Athirah said...

10.11.12 ada apa?
grad?

Anonymous said...

salam hari baru!

Nisha Ismail said...

atin: nanti lah i story. :)
anony: selamat tahun baru juga. :)

tepianmuara said...

lagu ni..legend. tanpa video klip.

dengar malam-malam sorang-sorang memang buat haru.

moga hati kita bersandar pada Yang Benar.