cuma jangan lupa, air siraman itu juga mungkin bisa menyebabkan bunga terus rebah mencium pasu kacanya.
kemungkinan selalu ada.
cuma
kadang-kadang bunga layu bukan perlukan sekadar air.
ia perlukan cahaya.
bila disiram di dalam gelap, itu bukan jaminan untuk kencangkan nafasnya.
kadang-kadang ia perlukan juga sebuah jiwa jujur.
yang menyiram dengan kasih sayang, yang betul-betul mahu dia hidup tegak semula.
bunga juga tahu tentang setia.
siapa yang selalu datang kerana keperluan, siapa yang cuma datang memuaskan keinginan.
* buktikan.
4 comments:
saye terase....
thnx kerane menyedarkan saye...
eh, kenapa terasa ni? jangan jangan. :)
bukan apa...
mengingatkan pada diri saye apa yg telah saye buat pd orang yg saye sayang sebelum nie...
oh oh.
tak apa. kalau ada peluang, boleh perbaiki lagi. :)
Post a Comment