26.10.10

He Knows Best

ok, aku tak marah. kecewa pun tidak.
sebab aku nak tulis dengan lapang dada dan kosong hasutan.

aku ada haters.
dan haters aku memang akan menggila di formspring.
haters selalunya boleh jadi orang yang kita kenal, mungkin juga orang yang kita tak kenal.
tapi selalunya orang yang kita kenal lebih banyak aura dengkinya ke kita.
dan bila di formspring, semua orang boleh jadi anonymous.
anonymous ini pun selalunya dikalangan orang yang kita kenal juga, yang bengkak tengok kita senang tapi tak kan nak sound depan-depan?
jadi, depan-depan boleh lah buat-buat baik lagi dan korek cerita nanti nak kumpul idea nak memaki.
cara mudah, maki di formspring dengan identiti anonymous.
ini salah satu sebab aku nyah aktifkan akaun formspring.
ada sikit-sikit rasa takut, tapi lebih banyak ke arah tidak mahu terlalu melihat sisi negatif hidup.
aku nak live a good life.

tapi baru-baru ni aku aktifkan semula akaun formspring aku, due to several positive reasons.
salah satunya sebab aku nak membaca akaun formspring kawan aku, Bijan namanya.
banyak ilmu ada kat situ. (kau terharu ke tak Bijan? hehe.)
sirusli, aku memang dah stalk akaun formspring dia ni, sebab soaljawab dia bukan yang bukan-bukan.
there are so many things to be learned.

dan baru 2 hari aku aktifkan semula akaun formspring ni, aku dah dapat dua soalan hina.
bukan soalan sangat sebenarnya. lebih banyak ke makian.
alasan anonymous;
kau kan dulu sekolah agama, kenapa jadi model tayang badan muka dekat orang? tak malu ke ustaz dan ustazah sekolah tengok? (bahasa dia agak lucah, jadi aku tukar ayat sikit)
bila ada seorang kawan yang tanya cita-cita aku masa kecil yang tidak patut aku jadikan cita-cita,
aku jawab;
pramugari.
damn, ini cita-cita aku masa darjah 4. aku di Penang, dan aku masih bermini skirt tarik beg Poly ke sekolah.
aku nak jadi pramugari sebab nak naik kapal terbang.
memang ini cita-cita aku yang tak patut aku jadikan cita-cita pun.
orang kata jadi pramugari kena serve arak dekat penumpang, kalau penumpang ajak tidur sekali kena ikut.
aku tak bodoh.

anonymous serang aku;
tengok jawapan kau nak jadi pramugari pun dah tahu kau memang perasan cantik. muka hodoh, bajet. buat malu nama sekolah.
oh Nisha, kenapa dah pandai perasan cantik dari darjah 4? oh oh.

sekarang aku nampak permasalahan yang timbul dalam diri anonymous ini ialah, rasa dengki dan meluat dengan apa yang aku buat dan apa yang aku dapat.
apa yang aku rasa, dia bukan ada niat kukuh mempertahankan nama agama dan sekolah,
cuma sekadar membenci aku dan tidak senang hati melihat apa saja yang aku buat.
ini semua alasan peribadi. peribadi dia yang bencikan aku secara individu.
cuba kalau aku solat pun, mungkin dia akan kata aku berpura-pura dan hipokrit. tak mustahil, perbetul aku kalau aku salah anggap.

dulu aku nyah aktifkan formspring pun sebab yang sama.
anonymous ungkit pasal aku perasan lawa.
tapi anonymous yang dulu sibet sikit, ungkit pasal ex-boifren bagai.

anonymous, iya aku baru berjinak-jinak dengan dunia modeling.
baru sangat dan aku rasa tak ada orang perasan pun, tak ada orang tahu sangat pun.
cek gaji aku yang dulu pun aku belum cairkan lagi, ada lagi aku simpan.
aku niat taknak cairkan sebab aku memang nak simpan cek tu jadi kenangan pertama kali aku buat kerja yang dari step mula sampai aku dapat ganjaran hasil usaha aku sendiri.
in fact, i won't do this for long. i do this for the sake of experience.
kau apa tau?

macam aku kata, peluang dan kerja yang aku dapat ini aku anggap rezeki Tuhan in the first place.
tapi kalau ini suatu bentuk dosa, dan aku khilaf, aku minta Tuhan sekat peluang ini dan minta-minta Dia gantikan dengan yang lebih baik.

tentang perasan lawa, no i am not.
aku tak cantik, gigi aku tak rata, kulit aku tak mulus.
i am alert with the darn fact that i am not that pretty.
tapi kau tau ke tak rasa syukur bila kau ada semua anggota yang kau boleh guna, bila kau dilahirkan sempurna?
aku tak pernah mempertikai orang lain, secara fizikal pulak. itu anugerah.
kalau kau lagi cantik, dan kau rendah hati, rendah diri dengan kecantikan kau, alhamdulillah.
baguslah, kau memiliki keindahan yang semua perempuan pun nak.
back to the basic idea, i am blessed with what had gifted.
and again, if this is a mistake, i pray to God to take back the opportunity given to me.

sebenarnya, kalau kita sama sekolah dan pernah tinggal seasrama dan kau sayangkan sekolah, ustaz ustazah kau,
kau datang secara jujur depan muka aku dan cakap;
'Nisha, hang tak cantik. jangan buat kerja peraga-peraga baju sebab nanti nama sekolah buruk. kesian ustaz ustazah kita.'

and i would appreciate that a lot.

bila kau datang dan herdik-herdik aku di formspring, dengan mengheret sekali kurniaan dan ciptaan Pencipta aku,
aku rasa sedih.
bukan sedih sebab kau kata aku tak cantik, tunjuk badan tunjuk tetek, malukan nama sekolah ke apa.
aku sedih sebab kau sendiri dah beri gambaran yang kau tak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi pada kau, dan kau tak menghargai pula manusia-manusia di sekeliling kau.
cara kau nak betulkan orang pun dah macam mana jadi.

cuba fikir semula, siapa yang malukan nama sekolah, nama agama sekaligus sekarang?

dan dalam ramai-ramai budak SMKA Nibong Tebal yang buka tudung pakai skirt pakai singlet, kenapa kau pilih aku untuk kau caci dan maki?
alhamdulillah sepanjang 5 tahun aku tinggalkan SMKA, hijab masih kekal tutup kepala.
sebab aku jadi model baju, sedangkan muka aku baru sekali keluar majalah?
aku doakan kau jadi Doktor, atau Jurutera hebat yang tak pandang kerja murahan macam aku.
InsyaAllah.

aku tak marah. kalau kau rasa puas bila dapat maki aku kaw-kaw dekat formspring, teruskan.
kau ada hak untuk happy, and i'll let it be if it's just the only way for you to be happy.
setiap kita ada malaikat mengiring kiri dan kanan.
aku tak tahu kau siapa, tapi Tuhan tahu. kau orang kuat agama, rajin dakwah.
mesti ilmu kau lagi tinggi dari aku yang buat kerja entah apa-apa kena laknat Tuhan ni.

He Knows Best.
semoga Tuhan rahmatkan semua. :)



*aku dulu sekolah agama. aku ulang, sekolah agama. aku tak malu dengan fakta itu.

* masa aku tulis entri ini, Kak Ikin sms. Kak Ikin ni kakak sepupu aku. InsyaAllah bila satu benci, Tuhan bagi 10 yang mengasihi. :)

17 comments:

fazleena said...

nisha darl,

i feel the same too. makin hari bila kita makin gembira, ramai yg akan tambah benci pada kita. haters di kalangan followers. haters di kalangan kwn2. betullah tu, anon2 ni semua kwn2 kita. yg ada disekeliling kita. kalau dia tak kenal kita, dia takkan benci kita suka2. tapi ada juga yg mcm tu, kenal kita sipi2, tapi bencinya berapi. :)

akak kdg2 mood boleh swing bila baca komen atau status yg i know mereka tuju pada akak. sinikal dan mencaci secara tak langsung. well, manusia punya rasakan dik. kita boleh baca, boleh tahu, sebab Tuhan kurniakan instinct. Tapi bila fikirkan balik, rugi dik. rugi kita sakitkan hati pd mereka2 yg begini.

fazleena said...

*sambung balik. hehe

Kita grow terus dik. jgn biarkan kata2 dan makian buat kita mati. just grow beautifully. lama2 mereka yg mati dik. :)

just do what u love to do sis. be strong.

i love u so much! :)

HS said...

sabar je lah

N.I said...

kakak, thank you so much for being here.
insyaAllah i'll grow stronger and wiser dengan semua benda-benda ni.

macam nisha cakap, i want to live a good life.
we don't need haters when there's so many lovers around.

i am ok.
sekarang yang jadi masalah untuk orang yang berdengki itu cuma diri mereka sendiri.

kita doakan diorang jumpa apa yang diorang nak dalam hidup masing2.

glad to have you.
i love you even more. :)

Para Jamaludin said...

you should put a like button in this entry and you will get like effing thousands likess, just from me.

hey my bitch, doesnt matter if they dont like u or they attack u for the sake of what u are doing, just ignore them. it is just because they dont have many things that you have.

just believe in yourself that you are not that kind of person.

i once bumped into someone's blog, and one interesting comment from the blog is,
"ingat. yang menghina lebih hina"

thats just it.

cis! kan aku dah cakap orang putih.

N.I said...

hariz: iyolah bang.. tngah sabar lah ni ha..

pel: cakap omputih weh? esok kalau present hang uuu aaa uuu aaa, siap. haha.

let them be.
hina tak hina itu Tuhan lagi jelas.
kalau kita tak elok, kita perbetul.
dia tak elok, dia tak mau perbetul biar lah.
ke sebab dia dah elok sangat ke, kita mana tau.

love you. :)

nadiamalina said...

nisha..suka baca blog nisha..dah lama dah tapi bru tergerak nak komen yg ni..huhu

jgn amek peduli lah apa dorg nak ckp tu..besela manusia..x dengki x sah..

biar nuka hodoh asal tau hormat org lain dah la..tp nisha cantik ok..=)

btw..nanti kalo perform kat mana2 bgtau la..nak tgk pls!!!hehe

N.I said...

nadia! oh, silent silent ye?
hehe.. terima kasih. tapi nisha tak cantik pun.
orang kalau dah benci, kita bagi dia duit pun dia tetap benci.
biar lah.

lama tak jumpa nad dgn abe due mung.
bila entah boleh tgk movie sama-sama lg ni. :D

insyaAllah kakalu ada lg nanti nisha bgtau.
goodluck finals. :)

Anonymous said...

mana ada manusia yang tak punya rasa dengki..

mana ada manusia yang tak sempurna,
takpa yang penting kita tahu kita siapa.

:)

N.I said...

:)
betul lah tu cik riena.
sama je manusia ni.
kalau ada lebih, ada la kurang.

terima kasih. :)

Fatin Athirah said...

Sampai cmtu sekali kena sha?
Biar betoi..terok ngat aih nk tegoq org pun
Sabar...tu jela aku mampu kta
n kalo dh decide nk live a good life, take it on the positive side
takyah la byk pk sgt psl duniawi ni

be strong! =)

Fatin Athirah said...

Sampai cmtu sekali kena sha?
Biar betoi..terok ngat aih nk tegoq org pun
Sabar...tu jela aku mampu kta
n kalo dh decide nk live a good life, take it on the positive side
takyah la byk pk sgt psl duniawi ni

be strong! =)

N.I said...

eheh, takda benda lah tin.
manusia kan, ada suka ada benci.
kita tak boleh expect semua org suka kita lah.

aku ok je, ini baru sikit je pun tuhan nak test.

thank you. loves. :)

Mimie Haszmiza said...

Orang yg komen tu la sebenarnya tak cantik..jealouss...
Mak comel mak tak jealous pun kan ;)Be yourself. Nothing to be sad about.

There is only one person in this universe that thinks the way you do

For better, or for worse

This is the one and only life, for you

Other people, they come and sew their seeds

They may impress you, too

They might substitute, your needs

and, cloud you, from your view

There is only one truth, that rings the bells for us

It exists within our hearts, of wealth

Listen to your true feelings, and, without a fuss

Heaven will be yours on earth, Just be yourself

Chill. Jom nyanyi lagu Sungai Lui. Ehh Sungai Lui tak best, Alor Pongsu lagi best. Jom balik kampung, posing tepi bendang. Cool!

N.I said...

hehe.
jom, jom!
bawak kopi o letak tepi bendang tu mie, lagi super.
best nyaahhhh. :)

btw, thanks. loves.

nuridrin said...

err. saya tak kenal awak secara peribadi. maka sila abaikan bahagian keperibadian.

saya rasa awak cantik. lawa dalam aura awak sendiri.
dan selagi awak tau menjaga diri, awak buatlah apa yang mahu.
dan iya, betul. satu benci, 10 yang lain akan sayang.
maka cik nisha,
sila terima kasih sayang dari orang asing seperti saya.

saya saaaaayaaaaang awak.
:)

N.I said...

Idrin, saya kena syukur banyak sebab Tuhan cantikkan hidup dengan kurniakan orang cantik rupa cantik jiwa macam awak.

terima kasih banyak!
saya sayang awak juga. :)