27.10.10

kunfayakun

lirik ini sekarang bukan di radio,
tapi berlegar-legar di ruang akal.

berselang-seli dengan alomorfi punya definisi yang akan masuk kertas ujian esok;

ingin kuhapus namamu,
tapi tak berupaya,
bilakah dapat bertemu,
dengarlah rayuankuuuu..

nak tuju pada siapa ni?
kalau yang agak-agak nak lupa Tuhan tu, jangan la hapus terus nama Dia.
Dia dengar je rayuan keluhan kita selalu. jangan la fasal Dia uji kau sikit, Dia cuit-cuit sikit, Dia tak bagi apa yang kau minta atau Dia bagi cara susah nak buat kau senang, kau dah meletup-meletup macam mercun pop.
ingat, ingat. orang sabar Allah sayang.

macam lah keadaan study sekarang ni juga. bila kau baca makin banyak yang kau tak faham, mulalah nak jalan hentak-hentak kaki.
bengang lah otak ni, lembab! tak kan benda senang pun tak faham.
ha, tu mujur Tuhan bagi kepala otak, bagi masuk unibersiti. kalau tak?
kerja tangkap belut kat sawah depan rumah, nak? tengok lintah pun dah terloncat-loncat.

cepat-cepat, jom bersyukur. masih pagi. embun banyak lagi nak tolong mendoakan.

eh, ke nak tuju lirik ini kat si polan harjo mana-mana yang kau rasa kau suka tapi kau tak dapat?
alah.. small matter.
kalau Tuhan kata 'Jadilah!', maka jadilah ia.
bab-bab ini tak ada hujung lah kalau fikir.

ok, lagu je kot. aku tak ingatlah tajuk dan penyanyi.
mahu lebih pilihan best-best, dengarlah Uji Rashid dan Hail Amir.


*study mode ON! :D

No comments: