26.10.10

euforia

jangan jadi pesimis.
walaupun kau bangun pagi, kau rasa nak pecah isi perut;
muntah.
tak apa.
bila Tuhan bagi satu, Dia tarik satu.
bila Dia tarik satu, Dia mungkin akan bagi satu juga.
kita mana tau.

aku paling benci (ok ini pesimis tetapi masih dalam mood optimis) bila aku bangun pagi tengok handphone,
ada sms-sms yang aku tulis dan hantar dengan separa sedar.
keadaan ini buat aku malu nak jalan straight untuk satu hari.
entah apa dia fikir?
tak apa.
kadang-kadang keadaan separa sedar itu jujur.
dan apa yang aku bincang dengan kau dari mimpi sampai ke kelibat doa-doa bagai,
insyaAllah betul belaka.

bila aku buka formspring pagi tadi,
aku nampak ada anoni yang mengeja perkataan berhuruf besar dan mendakwa ia mewujudkan kau.
dan aku sayu bila kau punya terlalu banyak pilihan.
hah, demi Tuhan bukan aku yang tanya.

aku masih relevan dengan makna mahu dan paksa.
untuk apa yang kita mahu, kita kena usaha.
kita kena letak doa, kita kena percaya.


untuk semua, selamat hari Selasa.
hari ini hari terakhir kelas untuk sem sebelum finals menjemput Khamis kang. yaww.
semoga kita sentiasa dalam lindung rahmat Dia. :)

2 comments:

Para Jamaludin said...

tak sabar aku nak tunggu pukul 5.
thanks weh. jom kembalikan benda2 soul dan art yang dah lama kita tinggal waktu di sekolah dulu.

N.I said...

sama-sama ingatkan aku.
:)