25.10.10

sabar

"Cemburu hanya boleh pada dua iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan Allah harta lalu digunakannya pada jalan kebenaran dan seseorang yang dikurniakan ilmu lalu diajarkannya kepada manusia lain. "

(HR Bukhari dan Muslim)


aku diberi peluang dan kerja dari Tuhan, aku bersyukur.
ambil peluang dan kerja itu sebagai rezeki di dunia.
kalau katanya peluang dan kerja yang Tuhan beri ke aku itu dimata kau sebuah dosa,
itu tugas Dia nak menghukum aku, dan aku tak pernah putus minta doa diberi yang lebih baik dari apa yang aku peroleh.
kalau kerja tu tak bagus, doa-doa semoga tak ada tawaran shoot mana-mana lagi dah lepas ni.
kira macam tak ada dah la rezeki aku kat bidang tu.

terima kasih banyak kerana mengambil tahu dan memerhati.
jujur dari dalam hati, aku sendiri mahu jadi yang terbaik untuk diri sendiri.

cuma Tuhan beri kita jalan masing-masing kan?
asalkan paksi kita masih teguh ke Dia.

kalau aku khilaf, tegur aku dengan cara yang melambangkan kita seagama,
bukan dengan cara hasad dan melulu.

niat lah dulu apa-apa pun.
kalau kita terus cemburu buta tuli dengan orang lain, memang entah sampai bila hati sendiri nak tenang.
kalau kau ada cemburu ke dengki ke dengan aku, tak payah lah.
aku tak ada harta pun, ilmu pun tak banyak mana. silap-silap kau lagi kaya lagi pandai kot.

aku pun ada niat nak pakai tudung labuh macam zaman sekolah.
doa-doakan lah.


* hang kerja jadi apa ni Nisha? jengjengjeng. :D
* sumber hadis, formspring Bijan. maseh.

4 comments:

Para Jamaludin said...

asal tak cakap?
aku nak bagi tudung labuh aku dulu.
singkat tudung aku pun bertutup lagi la kepala.(bukan riak)

kalau lebih dari orang, mula la orang nak dengki. biasa. nanti dia lebih, orang lain pulak dengki kat dia.

baru dia rasa.

p/s: dah pandai hadis sekarang. keh3. bagus2. kipidap. tak kisahlah kopipes pun.

Nisha Ismail said...

kalau nak cerita tunjuk dada tunjuk kepala ni,
tak payah maki aku jadi model la.
yang tak jadi model tunjuk lagi dasyat tak bising.

mujur tak sampai lagi aku bukak tudung kepala ni.

kita tahu kita buat sebab apa. :)

p/s: hadis tak kopipes na. salin balik sebijik2, sbb nanti font lari.
kehkeh.

Bijen M. said...

Erk.
Dah lama kot jawapan tu bertindan dalam FS.
Hah.
Stalker.
Ha ha ha.

Nisha Ismail said...

hahaha.
stalker tak kacau orang ape salahnyehhh.