18.8.10

perihal hak dan diri


saya berhak untuk setiap kegembiraan saya.

apa yang saya pilih, mungkin bagi yang lain bukan yang terbaik tapi cukuplah, baik untuk saya.
untuk apa menjadi mulia, menjadi baik di mata sesiapa sedangkan hati sendiri biar dipijak, tak berasa.
biar sekarang saya jadi penting diri, kejam terhadap yang lain, kerana saya bukan dewi yang bisa memuas hati semua manusia.
saya orang biasa, yang memilih jalan hidup biasa.

saya mungkin jahat bagi awak, bagi awak dan awak juga.
tapi biarlah, sekurang-kurangnya saya tidak menjahati diri sendiri. kalau itu terjadi, itulah yang terpaling kejam sebenarnya.

2 comments:

eddie dewanaga said...

...everyone has entitled to their own opinion...

cik Nisha, kalau ada gambar hiasan utk setiap entry, lagi berselera pengunjung menikmati blog ini.

N.I said...

eddie: thank you eddie.
insyaAllah akan saya letak gambar lepas ni. :D