dalam beberapa kes cinta, ada satu kes yang saya gelar 'cinta tak sampai'
contoh, antara saya dan seorang rakan masa sekolah.
dia main bola sepak dulu.
dia lari pecut, laju.
dia ada geng, geng dia otai zaman sekolah.
kalau masuk dewan makan, riuh rendah.
seingat saya, setiap tahun bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 4 saya tak pernah lupa hari jadi dia.
oh, dia tua setahun. jadi bila saya tingkatan 5, dia sudah grad sekolah menengah.
setiap kali hari jadi dia, saya akan selit kad kecil bawah meja.
ya, ambil tahu dimana tempat duduk lelaki yang awak minat masa sekolah, tengok corak tulisan dalam buku latihan dan di sebelah siapa dia duduk merupakan pekerjaan wajib bagi gadis sekolah yang tidak cantik macam saya. heh.
kadang-kadang, kirim coklat Tofi-Luk, ataupun Safari, ataupun Sahara. yang dulu semuanya boleh dibeli dengan harga RM 0.50 kalau tak silap.
sekarang mana ada lagi coklat-coklat tu, dah tak pernah jumpa.
saya hafal alamat rumah dia, cuma tiada kekuatan nak hantar kad raya, apatah lagi beraya ke rumah.
pernah sekali, waktu gathering sama teman-teman sekolah rendah, kami berjalan ramai-ramai satu taman perumahan tempat dia menetap, cari rumahnya yang mana satu.
cool lah teman-teman sekolah rendah.
oh dan ya, dia juga sama sekolah rendah dengan saya.
tak tahu lah antara saya dan dia ini,
cuma saya yang suka atau dia juga sama. haha
tapi dulu indah indah juga masa sekolah, kadang-kadang di usik teman-temannya.
kadang-kadang terserempak, malu-malu tapi dia cool.
dan itulah dia, dia memang cool apa jua keadaan. :D
dia tahu saya selalu tunggu dia naik tangga sebelah kelas saya lepas habis waktu rehat.
dia tahu saya selalu curi-curi tengok dia di dewan makan, di surau, di perhimpunan.
dia tahu saya selalu ada di koridor tengok dia main sepak takraw.
dia tahu saya selalu sokong rumah merah bila giliran dia berlumba sedangkan saya rumah hijau sebenarnya.
dia tahu kad-kad kecil, coklat-coklat murah itu kiriman saya.
tapi dia selalu buat tidak ada apa-apa.
mungkin sebabnya, saya bukan dalam carta pilihan.
lepas sekolah, saya dengan dia berhubung melalui telefon.
masih tiada apa-apa berlaku.
saya dan dia bersembang macam biasa, berkau beraku sampai sekarang.
walaupun setiap kali saya punya masalah cinta atau apa, belum pernah sekali pun lagi saya dan dia berkongsi rasa.
sehingga sekarang. kenangan yang dulu masih boleh direwind, dijadi bahan ketawa.
sampai sudah tiada rasa apa-apa.
ini memang cinta saya yang tidak pernah sampai.
dari sekolah rendah, naik sekolah menengah, masuk kolej, masuk universiti, kerja.
lelaki itu ini datang, perempuan itu ini pergi.
tetap Tuhan tidak pernah tarik dia pergi dari hidup saya. tetap Tuhan tidak pernah luputkan ingat saya untuk tarikh hari jadi dia, macam zaman sekolah dulu juga.
Tuhan kekalkan dia menjadi kawan terbaik pernah saya ada. walaupun kadang-kadang mulut dia tak boleh blah.
:)
13 comments:
sweet gile beb . :)
...wars will come and go, but my soldiers stay eternal...
never say die...!
bestkan ingat balik cinta2 zaman sekolah ni? rasa muda.
xazryz: haha. macam kelakar je/
eddi: :)
acap: aku rasa lucu lah benda ni. yet a sweet memory too. :)
tofi-luk??? hahahaha...
mantap lah sha!
dayah: haha. diam lah yang. malu ai. hehe
atin: thanks tin. :)
wow..cool.romantik
akram: takda nya romantik. tak sampai ni. :)
pnjg cite?
hs: hekhek. dh xda cte ni.. saja je..
aku kenal ini mat!
zik, satu sekolah pun kenal lah! :D
Post a Comment