sebagai manusia, aku tidak mahu menjadi yang lemah.
yang tidak tahu apa dimahu, yang tidak kukuh jiwa, yang tidak berani,
yang tidak mencuba, yang takut sendiri, tidak boleh berdikari.
kalau bisa aku mahu jadi yang lain dari mereka-mereka yang biasa, menjadi gagah.
menjadi yang percaya diri, tidak gentar, tidak lembik.
hidup bukan semudah yang kita sangka.
hidup tidak enak seperti yang kita mahu rasa.
kita tidak pernah tahu apa yang di depan, walaupun kita bisa ambil yang belakang jadi panduan.
dalam hidup kita bukan bercuti, kita bukan berhibur,
tetapi kita mencari maknanya dah arahnya, mencari jawapan.
dan jawapan-jawapan yang kita cari dalam setiap kejadian,
tidak mungkin datang dengan sendiri, tanpa kita usaha mendapatkannya.
mendapatkan jawapan-jawapan itu sepertinya kita melihat langit, yang akan sentiasa biru memayungi bumi.
namun kita jangan lupa beringat dalam biru langit itu, bisa dilaratkan awan hitam menghempas taufan ke bumi.
memberi ribut di ruang-ruang hati,
membikin kilat, guruh dan bencana supaya kita berfikir.
dalam apa jua keadaan, kita, aku sendiri harus sentiasa bersedia.
di sini, menjadi gagah dan utuh itu perlu.
supaya bila tiba masa, kita, aku sendiri akan tahu makna hidup itu apa dan bagaimana.
dan sebagai pengemudi kapal hidup sendiri, kita, aku sendiri harus tahu hala tujunya,
walaupun kita tidak pernah tahu angin nanti mahu bawa kemana, yakin. itu penting.
supaya sedari awal tidak hanyut tak memberi erti.
teruslah, andai tersasar bisa dicuba lagi.
sampai tertutup pintu-Nya, yang bukan kita menentu bila.
:)
No comments:
Post a Comment