6.7.10

dari rebung dan sekarang buluh


tak ada apa nak segan pun jadi bekas pelajar sekolah agama hujung negeri.
dan tak ada cacat cela pun jadi pelajar universiti Islam hulu Gombak.

dulu waktu sekolah, melawan ya amat. walaupun pengawas.
biasalah, bebudak.
bila dah besar sikit, dah tengok dunia sikit,
sebenarnya dalam hati macam 'nasib baik dulu mak abah hantar aku sekolah agama'.

sebab, kemampuan diri.
sebagai tuan punya hati dan empunya badan,
saya tahu saya rapuh iman dan tak gagah mana pun amal.
mujur dengan sedikit-sedikit yang saya dapat di sekolah agama hujung negeri itu, membantu.

dan bukan teruk sangat bila kena mengaku pelajar universiti Islam.
syukurlah. daripada asyik nak merungut saja universiti kedekut sistem terabur apa semua.
biasalah, universiti lain pun rasanya pincang tetap ada.

kalau ada terbit rasa tak mahu menagku dulu sekolah mana, sekarang universiti mana,
itu mungkin segan kerana imej diri tidak berapa sealir.
kasian sekolah, kasian universiti. :D

ya.
saya bekas pelajar sekolah agama hujung negeri,
dan pelajar universiti Islam hulu Gombak.

:)

2 comments:

hannaani said...

we gonna shout kami budak smka,kami budak uia and these are the places that we all proud.bumi barakah,tempat kami mengenal Tuhan.feel the pride.

N.I said...

memang patutlah awak jadi kawan baik saya nani.
memahami. :)