6.7.10

bukan semua orang, orang kaya.


jangan pernah berhenti mencari, mencari dan mencari.
kerana setiap satu pencarian itu pasti akan membuah hasil penemuan.
walau hasil penemuan yang kita temu tak seperti yang kita mahu,
tetap ada estetiknya yang menggunung nilai dan mutu.

lewat petang tadi saya bicara sama seorang teman,
tentang usaha dan berjaya. tentang ingin dan cita-cita.
kalau orang lain bisa dengar ceritera saya dan dia,
orang pasti akan kata 'ah kau poyo, sembang lebat tak ingat dunia'.
tapi saya faham dia mahu apa, sebab saya mahu juga jaya yang sama.

dan sekali lagi, setiap orang berbeza-beza.
bukan semua manusia lahirnya di atas tilam emas, berlian jadi bantalnya.
saya bukan dari kalangan yang bisa diberi apa saja tanpa perlu dikira baki wangnya berapa.
bukan.

jadi makna kerja, usaha, berjaya bagi saya lain macam remangnya.
saya kagum semangat teman, dan saya bangga untuk kata saya sokong dia banyak gila.

perihal cita-cita.
ya. itu saja.

4 comments:

PghK said...

sembang biar lebat janji tangan mahu buat. daripada org yg xsembang apa2 dan xdapat apa2 sbb takut apa yg dibuat xmenjadi. jangan jadi bacul sbb semua yg kita buat memang tak semestinya menjadi. org atas punya cerita, biar dia aturkan semua janji kita tahu apa yg kita mahu buat dan buat sebaiknya. apa org nk kata, biar saja mereka kata. mmg lumrah manusia susah tgok org senang, senang tgok org susah. biar mereka dengan otak kolot mereka.

N.I said...

pghk: terima kasih. betul, manusia mmg banyak yg susah tgk orang senang, senang tgk orang susah. tapi insyaAllah, tak semua. :)

N.I said...

pgkh: terima kasih. mmg betul, manusia banyak yg susah tgk orang senang, senang tengok orang susah. tapi insyaAllah, tak semua. :)

N.I said...
This comment has been removed by the author.