2.4.10

Al-Fatihah.


Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi,
atas pemergian beliau jam 12.30 tengah malam semalam.
rasanya aku memang gelak berdekah-dekah tengok dia dalam Spontan.
macam baru-baru lagi, tapi sedar-sedar dah tak ada.

kuasa Tuhan.

dan sekarang memang aku alim lah ni, sebab aku sedekah Al-Fatihah dekat arwah.
kan?

pagi-pagi tadi kawan baik datang,
bagi tahu aku pasal satu status dekat web yang buat dia rasa macam tak patut.

orang sedekah Al-Fatihah untuk si mati,
yang tukang komplen ni tak puas hati sebab ramai orang kononnya nak tunjuk update dengan berita kehilangan.

tak memasal.

memang niat kena baik.
tapi siapalah kita, nak menghakimi niat orang lain?

awak siapa?
ok, niat awak apa pula?

hah, ini aku siap post entri. untuk arwah Din Beramboi.
jangan dikata pula aku saja-saja mahu nampak aptudet sebab tulis isu-isu semasa.
siap dengan ayat suci, siap dengan muka bersih lagi.

Al-Fatihah untuk beliau. dan pasti ramai yang akan merindui penghibur yang hilang ini. '
Tuhan lebih menyanyangi.
semoga roh beliau detempatkan di kalangan insan-insan soleh.

:)

1 comment:

Bijen M. said...

Al-Fatihah.