11.5.10

orang kita hebat-hebat belaka

orang kita.
aku tulis ini bukan kerana ingin mewujudkan unsur kondemnisasi ke atas bangsa sendiri,
tapi sekadar melahirkan sifat sejati yang dapat dilihat saban hari dalam diri orang-orang kita.
ya, maksud aku yang sebangsa.

(sensitif ke isu ni?)

aku ini, selain mencipta ayat-ayat rabish yang segelintir manusia hebat pandang nonsens,
ada juga menghiburkan diri sendiri dengan bercampur gaul bersama golongan sosial,
yang kadang-kala menggelar diri mereka aktivis yang memperjuangkan hak asasi bangsa,
membantu yang tidak berdaya dan berteraskan rakyat sama rata.

ya, aku sebahagian daripada mereka juga.
yang tahu, maka tahulah. aku berpersatuan.

katanya 'kita kena bersatu!', bla bla bla. tapi yang di dalam itu sendiri pincang tikam-menikam.
gelenglah kepala.
katanya 'kita perlu menuntut keadilan', bla bla bla. tetapi sedar atau tidak diri sendiri melontar imej berat sebelah bilamana yang lemah tidak dipandang, yang nampak gah dikejar-kejar.
itu zalim, bukan adil.

dunia sekarang jelas, namun dalam jelas itu banyak betul helah muslihatnya.
yang rabish dan nonsens akan dipijak bila dia tidak berkemahiran menginstrumentalkan dirinya di khalayak, dan tidak menonjolkan apa yang dia boleh di laman sesawang moden.
maknanya itu loser.

adil, kan?

orang kita, bak kata presiden yang menaungi sebuah gabungan sosial, sudah pandai jadi hakim untuk setiap perbuatan jenayah dan konspirasi, maka tidak perlu mehkamah atau pengawasan pihak jenis apa sekalipun.

orang kita, susah hati bila lihat orang dia sendiri mendaki mencari abadi. cuma yang dia mahu, orang dia sendiri jatuh tersungkur mati.

orang kita, kebanyakan cuma penting diri. pantang nampak kedai makan kawan sendiri laku, lalu dihantarnya santau bagi rugi.

orang kita, tak tahu kenapa.

hah.

walaubagaimanapun (walaubagaimanapun?), aku tak nafi ramai orang kita yang buat aku sangat kagum dan bangga.
orang-orang kita ramai yang hebat-hebat, lah.


* sebelum kau maki aku, aku mengaku aku tahu apa yang aku tulis.


No comments: