20.4.09

Rabbi

Rabbi
mohon aku keampunan-Mu
bila setiap lembar hari baruku
tiap kali itu tidak aku panjatkan
syukurku pada-Mu
untuk kesekian nikmat yang Kau beri

Rabbi
ampunkan aku
kerana memiliki hati yang lemah
hati yang sentiasa berdosa terpalit alpa
tiada henti mengurang pahala
aku lupa janji setia

Rabbi
menangis aku tersedu disini
mengenangkan hati dan robek kotor diri
teru-terusan berbuat laku
sehingga terkadang aku lupa siapa aku
yang hanya hamba untuk-Mu yang mencipta

Rabbi
di dalam setiap kesempurnaan Kau kurnia
aku masih tegar mempertikaikannya
tidak cukup untuk berhenti meminta-minta
dek kerana hati legam yang ku ada

Rabbi
andai ada kesempatan Ya Allah
ingin ku sujud dihadapan Mu
tanpa ingin aku bangun buat selama
ingin aku menangis semahunya
kerana yakin diri ini sentiasa hina

Rabbi
ku mohon hanya pada-Mu
sesungguhnya hanya Kau yang maha mengerti
hati manusia hamba seperti ini
putihkan yang hitam dalam hatiku
kerana aku ingin sekali dekat dengan Mu

Rabbi
Kau yang berkuasa segalanya
Kau yang membantu sebaiknya
Kau yang menentu untuk apa-apa
untuk-Mu hanya kupinta
bukakan pintu takwa untukku sebolehnya
kerana aku cuma selemah-lemah manusia.

Ampun, Ya Rabbi.



2 comments:

aranghensem said...

wahh..entri yang nyaman kali ini....

N.I said...

kena seimbang.. asek nk hamun org je mane boleh.. haha~