20.10.11

Himpun.

Sebagai Muslim yang serba-serbi tidak sempurna, apabila dikutuk dicela agama aku yang tercinta, Tuhan aku yang kupuja, Rasul aku yang termulia, aku pasti marah.
Amarah teramat.

Kerana sebagai seorang Muslim, walaupun serbi- serbi tidak sempurna, aku punya rasa dan keinginan jauh di sudut hati untuk agamaku ini dipelihara, tentu juga dihormati manusia.
Ini agamaku, peganganku, tempat duduk rasa percayaku, ini cinta aku.
Hormati Islamku, hormati saudara Muslimku.

Aku pasti setiap Muslim punya rasa yang sama.
Kami berkongsi perasaan yang sama.
Kita berkongsi perasaan yang sama.
Mahu dihormati agama kita, Allah kita dan Rasulullah kita. Kan?
Jadi lakukan juga perkara yang sama.
Hormati sesama manusia, walaupun berlainan agama.

Kita tidak perlu terlalu susah mengusung sepanduk mengherdik agama lain.
Anti itu, Benci itu, Bahaya itu, Jauhi itu. Tidak perlu.

Islam itu terlalu cantik untuk kita calarkan wajahnya dengan lukisan jahat, garang dan berang kita.
Islam itu terlalu cantik. Terlalu. Dan kita mempunyai terlalu banyak cara untuk tonjolkan kecantikan, berkongsi keindahan Islam itu dengan umat yang lain, bukan sahaja Muslim, juga yang bukan Muslim.

Kita gusar dimurtadkan, kita bimbang disesatkan.
Tetapi ingat, gusar dan bimbang kita bukan tiket kita menghina orang lain.
Sebagaimana kita menyayangi agama kita, mereka juga punya perasaan yang sama.
Mungkin jauh di hati merkea, mereka juga mencari cahaya Dia.

Fikirkan, adakah dengan melakukan apa yang kamu rancang itu bisa menyekat apa yang kamu mahu sekat, dan dapatkah kesucian agama yang kita ingin jaga terus terbela?

Idea Himpun itu sebenarnya sudah gah, medan bersatu para pencinta agama. Semoga benar jalannya. :)
Innallaha 'Alimun Bizatissudur.

*Diri sendiri terasa naif. Terasa kosong ilmu jihad sabilillah. Sedih pulok. Minta Tuhan tetapkan aqidah kita semua sama-sama.

1 comment:

Anonymous said...

"Islam itu terlalu cantik untuk kita calarkan wajahnya dengan lukisan jahat, garang dan berang kita."

setuju. dan setuju dengan seluruh tulisan.

-sadis