21.9.11

Beri, terima.

Mungkin ada sebab sistem jalanraya kita dibina dua hala.
Ada kiri dan kanannya.
Ada pergi dan baliknya.
Ada kedepan dan ada kebelakangnya.

Sebab kadang-kadang teori tolak ansur ni manusia tak faham.
Mereka pandai sebut tetapi tak mahu praktis.
Kalau ada peraturan mereka marah, mereka tak mahu ikut. Jadi rebel.
Tetapi bila peraturan tak ada, komitmen tak ada, jarang yang mahu kompromi juga.
Jadinya tak ada yang mahu bertolak dan tak ada yang mahu beransur.
Sebab itu kena ada sistem. Kena buat. Kena ikut aturan.

Tetapi beri dan terima itu kan sikap, bukan sistem.

2 comments:

hannaani said...

kadang2 kita bagi tapi kita tak demand utk dapat something in return. tapi slalunye bile kite memberi sbnrnye kite expect something in return.demanding and expecting is totally two diff things.

hai sha lame x bce blog awk

ain said...

i miss your words.
i miss your writing.
and i really do.