21.6.11

Surat Harapan Kepada Bulan

Bulan,

Saya sedang bersila di kaki tasik. Awak bilang pada saya, nantikan awak bila malam kelam. Awak akan datang. Awak datang mahu bawakan saya salah satu bintang setia yang mengelilingi awak. Saya tunggu awak di kaki tasik, seorang. Saya nampak awak di muka tasik berbayang-bayang. Bila saya dongak ke langit, awak kian hilang, kian hilang. Bintang saya mana, Bulan?

7 comments:

Hizwan Nizam said...

bintang da kene petik dek Hizwan Nizam -- kasi kat awek.

tepianmuara said...

Awak rasa,
bulan kesal menjanjikan?

Nisha Ismail said...

Hizwan: Haha. Lagu mana hang petik?

Tepianmuara: Saya rasa, Bulan tak pernah mahu turun pun.

Anonymous said...

jangan terlalu berharap pada bulan,sayang.

berharaplah pada yang mencipta bulan.Dia takkan hilang :)

Nisha Ismail said...

:)

terima kasih.

Para Jamaludin said...

bintang terlihat terang..saat...dirimu datang..cinta yang dulu hilang..kini kembali pulangg...

medley woi medley!! hahaha

Nisha Ismail said...

wajahmu mengingatkanku, pada kekasihku dulu.. kekasih dulu kan iqram dinzly. mana tak teringat. haha! bangang.