21.4.11

buat sahabat.

satu hari dulu bila aku dikhabarkan berita laporan kesihatan manusia paling mulia dalam dunia yang tak berapa memberangsangkan,
aku kaget.

aku tercari-cari susuk tubuh manusia paling kanan, paling dekat di hati untuk aku berkongsi rasa sebu yang membelenggu diri.
pada waktu itu, sama seperti detik ini juga.
tiada ruang untuk diberikan olehnya kepadaku untuk mengadu untung tenggelam nasib diri.

yang ada cuma seorang sahabat dunia yang sedia apa gaya jua untuk cuba mendengar rintih luluh aku, sakit aku, jatuh aku, kecewa aku.

bila datang bab cinta, sahabat ini tak pernah gagal memasang telinga.
bila datang bab keluarga, sahabat ini juga yang tidak putus-putus meniup semangat berganda-ganda.
bila datang bab sakit bonda, sahabat ini juga yang datang menghulur tangan berkongsi rasa.

susuk tubuh manusia paling kanan, paling dekat di hati itu, dimana?
untuk aku masa itu, kau dimana?
untuk sahabat aku ini, yang untuk dia dimana?

selain masalah kesihatan bonda, ada yang lain dihati dan fikirannya.
jika itu menambah kusutmu, yakinlah itu juga bakal menambah kuatmu.

sebab itu cinta tidak boleh dijadikan tajuk permasalahan utama dalam dunia hidup manusia,
kerana jika ia tidak memberi rasa gembira dalam jiwa, ia cuma akan membinasakan setiap rasa yang manusia ada.

cinta bukan kejam. cuma tak terjangkau kesan tikamannya.
ia antara dua, menyegarkan atau mematikan.

untuk sahabat aku itu, aku tahu tidak adil untuk aku sebut-sebutkan aku faham, aku faham.
sebab aku tidak akan faham apa yang kau rasa melihat bonda di katil kusam, berwajah sakit muram.
aku tidak faham.

cuma aku pernah melaluinya, dan masih melalui keadaan itu sehingga suatu detik yang aku tidak tahu bila.
melihat dan menanggung.

apa jua terjadi, senyumlah.
dan berdoa jangan putus,
untuk bonda kita.

Tuhan tahu kau gagah untuk diberikan ujian.

3 comments:

Anonymous said...

tidak ada yang lebih pedih, dari melihat bonda terlantar sakit,



salam sayang, buat kamu cik nisha, dan sahabat kamu yang sebegitu setia.


itulah cinta :)

-aishah nur hakim-

Para Jamaludin said...

sengaja nak tengok air mata perempuan aku kan? sengaja kan? i love u. thanks weh.

fz said...

DIA sentiasa bersama kamu semua
moga cepat sembuh