26.2.11

sehingga derai sisa pun sudah tiada.

sebab dia perempuan, aku pun perempuan.
kalau aku mahu dan aku tak ada perikemanusiaan, akan saja aku calarkan hati perempuan dia itu dan khabarkan setiap kecurangan.
kecurangan yang bukan datang dari dia, bukan datang dari aku, atau dari sesiapa.
kecurangan yang datangnya dari kau.
akan saja aku ceritakan setiap janji manis kau dan sumpah-sumpah perasaan yang kau taburkan, pada aku yang pernah, pada dia yang sedang, dan mungkin pada perempuan lain yang akan.
akan saja aku celakakan betapa jantannya kau, yang tak ada kekuatan berkata benar, cuma gagah menjadi pengecut membaling batu sembunyi tangan.
aku syukur untuk setiap penolakan aku setiap kali ajakan, tapi sebagai perempuan juga aku kesian bila dia tidak tahu lelaki buaya yang dia pujakan.
aku harap dengan dia kau tahu makna setia.

kerana perempuan kalau bercinta, jangan dicerita apa-apa.
kekasih dia itu malaikat bersumberkan cahaya.

2 comments:

siti nurul ain faika abdul kadir said...

kdg-kdg sebab kita dah merasa benda yang sama , kita taknak perempuan lain juga merasa benda yang sama .

tp untuk bercerita , tak terdaya kan ?

N.I said...

faika: hi yang. what a nice name. :)

ya. sometimes things are better left untold.

selalunya yang benar akan ketahuan walaupun tanpa dicerita, bergantung cepat lambat saja. :)