7.2.11

kukuhnya, Subhanallah.

masih dalam percubaan melelapkan mata setelah berhari-hari, gagal juga.
i'm afraid of the fact that i will not be sleeping for the rest of my life, waste it waiting for someone who sleeps and would never wake up.
this is hard.
dengan keadaan masih belajar, aku ada prioriti yang aku sendiri tahu.
cuma dengan status pelajar, aku tak mampu lari dari status dan kenyataan bahawa aku manusia.
macam pelajar lain, perempuan lain, lelaki lain.
life is never easy, but we can make it simple.
we can just sit here, walk a little bit, stare or talk as much as we want with anybody we think would listen.
we can ignore anyone that we think is not worth to be taken care of their feelings.
aku ada kawan-kawan yang hidup senang, hidup mudah.
lahir atas tilam emas, harta melimpah, masuk sekolah belajar pandai-pandai.
mau apa, cakap saja. duit? tak jadi hal. nak berapa kepuk? minta.
tak sama macam aku lalu hidup aku dulu.
menabung, menyimpan. tapi sudahnya habis juga untuk satu-satu benda yang aku kepingin.
sebab nasib kita kan berbeza-beza? kita tak akan punya interest 100% serupa.
kadang-kadang aku lupa dengan satu benda yang paling mudah untuk difahamkan, 'tak semua benda yang kita nak kita akan dapat'.
ada darjah, ada peringkat, ada pangkat.
kita harus rentas satu demi satu alur dan susur, memijak duri berdarah kaki sebelum sampai ke check point terakhir yang ada jawapan.
sebenarnya untuk tidak terlalu sentap dengan hakikat dunia, kita jangan terlalu mengharap.
bercita-cita tinggi tak salah, yang salah bila berangan-angan banyak.

orang kata pipit manakan pasangan sama enggang.
tak ada merak kayangan yang mahu pandang gagak rimba.
dan selalunya gagak rimba akan dilastik mati, hodoh hitam bawa penyakit.
kalau pipit tak mahu jelas dan gagak tak mahu terima apa yang dunia atur untuk mereka, mereka akan merana. merana kerana terus mahu merealisasikan cerita dunia rekaan sendiri yang tak kemana hujungnya.

betul hidup tak mudah.
tambah-tambah untuk keadaan sekarang.
aku harap esok atau lusa aku akan putus asa.
aku harap esok atau lusa aku akan nekad dan kata, 'sudahlah, aku berundur. aku tak mahu sabar lagi'.
aku harap.
tetapi aku lebih mengharap itu tak akan berlaku.
aku tak sanggup untuk tidak terus kukuh.
aku tak rasa ini senang; senyum dan ketawa, melalui hari-hari seperti biasa pabila sebenarnya nadi sudah pudar nyawanya.
tak senang, bila setiap kali aku kena entrikan rasa-rasa jatuh dan orang lain akan tahu sebenarnya aku sedang dalam permasalahan hidup paling pincang.
dan lebih sadis bila mereka ketawa.
tak senang bila aku kena bentukkan bibir paling manis di hadapan keluarga dan kawan-kawan untuk tutup rasa celaka yang aku ada dalam jiwa.
tak senang bila aku bayangkan satu rupa yang dari jauh meludah-ludah cerita dan pujukan aku untuk meneroka dunia.
tak senang bila aku kena cari ruang escape, jauhkan diri dari semua sebab aku rasa rendah, rasa takut.

aku pelik kemana hilang nafsu amarah aku untuk semua yang patut aku lentingkan.
mana pergi panas hati aku yang akan meletus bila aku habis cara untuk buat apa.
semua dah tak ada. yang ada cuma luluh. luluh; kenapa tak ada langsung petunjuk arah untuk aku kemana.
kebelakang aku tak mahu. kehadapan aku tak mampu.
ditengah-tengah itulah, mencari tangan, mencari badan dan kekuatan. kalau tak kuat ditengah ini, aku boleh lenyap dari dunia. sebetulnya semangat yang ada dah tak banyak mana.

jiwa aku lingkup.

Tuhan tak pernah tak adil. itu aku yakin. bila Dia bagi udara sekian hari untuk aku hirup, maknanya masih ada harapan untuk aku terus teguh.
dan aku yakin untuk kau juga. sebab aku, sebab dia atau sebab masa? kau saja tahu kenapa.
jangan matikan hidup kita bila belum sampai masa. Tuhan tak matikan hamba-Nya selagi mereka belum sempurnakan usia.

aku tak mahu hidup dengan menafikan hati sendiri, atau mengiyakan yang tidak ada.


atau mungkin kau harap aku akan akhirnya kata 'sudahlah, aku berundur. aku tak mahu sabar lagi' ?

2 comments:

Anonymous said...

susah, kan?

hati kita memang degil;

walau harapan dah tinggal sebesar lubang jarum pun, tetap dia masih mahu berharap.

walau dah selalu sakit, remuk, hancur pun, tetap dia masih mahu tunggu.

dan utk kamu,

selagi punya kudrat dan daya, tunggulah.

kerana itu adalah apa yg sebenarnya kita mahu.

jangan dipeduli kata orang, kerana mereka tidak merasa.

jangan takut untuk merana diakhir cerita nanti,kerana Allah sentiasa ada.

kuatlah sayang.nanti2 pasti ada hujungnya untuk ini :)

Nisha Ismail said...

oh. terima kasih banyak. :)