2.12.10

pemikiran yang mempengaruhi perwatakan

sepanjang kehidupan, kita tidak akan selama-lamanya menjadi kanak-kanak.
macam kanak-kanak mungkin ya.
tetapi tetap tua dan tetap bukan kanak-kanak.
semakin meningkat dewasa, perwatakan dan pemikiran seharusnya dibawa seiring peningkatan usia.
pemikiran akan mempengaruhi perwatakan.

sejak lebih 3 tahun aku tulis blog, di sini, aku sedar gaya penulisan aku tidak statik.
berubah-ubah.
mungkin bagi sesetengah orang aku dilihat tidak ada cara penulisan yang tetap, tetapi aku ambil ini sebagai proses perubahan.
manusia berubah walaupun tidak seratus peratus.
lebih bagus lagi bila berubah itu ke arah yang lebih matang.
aku bukan cuba cakap yang aku sudah cukup matang.
nak up diri sendiri sikit, aku cuma cuba katakan yang aku mencuba untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada semalam.
berubah, membuat perubahan.
mencari matang, menjadi matang.

susah juga sebenarnya.

kematangan ini bagi aku ada aura yang lain macam.
manusia matang, baik lelaki baik perempuan selau buat aku rasa sangat kagum.
tak perlu dibuat-buat, tak perlu ditunjuk-tunjuk. kita boleh nampak.
kadang-kadang dari gaya dia bersalam dan greet people pun boleh tahu tahap kematangannya.
dan ia pastilah subjektif di mata manusia masing-masing.
mungkin cara aku tafsir tak sama dengan yang kau tafsir.
bila seseorang itu matang gaya fikirnya, tidak melulu, percayalah tindakannya pun akan terikut tidak melulu dan smooth.
betul.

gaya berpakaian juga boleh ceritakan tahap kematangan.
aku sekali lagi, bukan mahu kata aku pakai baju cukup bagus, cukup matang.
aku pakai biasa-biasa juga.

kau pakai seluar warna kuning ketat, blaus warna merah, tudung tujuh helai warna pelangi dan cekak Blair Waldorf, untuk apa? tudung itu untuk apa?

ok. selamat bila ada 'don't judge a book by it's cover'.
still, it is about the impression of how and what is inside by the outside.


sebenarnya kita kena pergi semula kepada apa yang kita fikir, kaji semula apa di dalam benak akal.


*kalau ikut Nota Siku, kau pakai jubah hitam tudung hitam je. setel.

4 comments:

Para Jamaludin said...

hah. yang kaleful2 tu aku macam tau je siapa. mestilah blur waldorf kan?

pathetic.

Nisha Ismail said...

haha. tapi Blair Waldorf cantik.

ainmusa said...

setuju dengan perenggan kedua.kalau baca balik post lama memang kadang geli hati.kadang sedih.kadang-kadang kesian. macam-macam rasa

Nisha Ismail said...

kan? buat gelak je.. tapi ada yang buat teringat balik benda2 lama. :)