18.11.10

rintik-rintik hujan dan efeknya ke jiwa

kalau hujan petang-petang di rumah, memang asyik.
rasa selamat, tambah-tambah kalau satu family ada duduk bergelimpang depan tv.

tadi masa aku tengah usaha habiskan Negeri 5 Menara, abah kongsi teh tarik.
berasap-asap, persis hati sendiri yang mendidih. ecewah.

kalau ada siapa-siapa yang pernah baca Seribu Kali Sayang yang Anis Ayuni tulis, kendian baca pulak Negeri 5 Menara ni, pasti akan teringin nak ke Padang.
tengok Danau Maninjau, lalu Kelok Ampek Puluah Ampek.

novel Seribu Kali Sayang dan Negeri 5 Menara banyak cerita-cerita menarik fasal tanah seberang.
A. Fuadi tak menulis fiksi cinta, tetapi dia menghurai cerita hidup siswa-siswa di sekolah pondok di Indonesia.
kalau baca, memang akan terbayang-bayang setiap gerak laku di pondok.

macam biasa, Anis Ayuni kalau menulis bukan nak cerita cinta kosong. setail dia lain sikit. dia akan bawa reader pergi sama-sama ke setting yang dia maksudkan.
you can feel it.
gaya Aina Emir kalau tulis fiksi juga, banyak detail berbanding cerita kosong.
kalau baru tingkatan 1 aku dah boleh teroka Istana Al-Hambra, siap pergi Perpustakaan Awam Taiping lagi nak cari maklumat, kira terima kasih banyak juga lah untuk novelis-novelis ni.
walaupun jiwang-jiwang dia orang kadang-kadang tak boleh blah ah.

aku ingat lagi ada satu novel yang aku beli dulu, tebal dia Ya Rabbi. mahal pulak, tapi cerita hampeh.
cerita fasal perempuan cantik yang muka dideskrip ala-ala Puteri Bunian sungguh,
tiba-tiba jadi tomboy sebab boifren dia mati,
lepas tu anak orang kaya gila babi yang duduk rumah macam Istana Puteri Rania yang ada bibik 40 orang,
lepas tu jumpa laki lain muka sebijik boifren dia yang mati dulu.
nak pulak anak kawan baik mak dia, kena kahwin paksa.
tau-tau lepas kahwin jatuh cinta kelepet lepas tu terus jadi perempuan cantik jelita.
bawak kereta nak Porsche Ferrari je.

ok aku menyampah cerita ni, entah mana aku campak novel tu dah.
cerita macam ini tak ada isi.
nak baca novel kena pandai pilih juga.

tapi tetap, aku baca. cuma aku tak ulang lagi baca macam aku baca Seribu Kali Sayang.

sekarang aku rasa macam nak baca sejarah Sitti Nurbaya.
atas rak buku mak kat depan dah ada buku biografi Buya Hamka.
tinggal nak baca dengan tak je.

sekarang, susah nak cari Melayu yang suka baca novel dan buku-buku Melayu lagi dah.
katanya kolot, tak kritikal.

macam karya Indonesia, penulisan Melayu punya tangga tersendiri.
tetap ada tingkat penilaiannya.

sebenarnya,
membaca selain fakta boleh jadi satu jalan escape dari dunia.

live and learn. lagi banyak kita baca, lagi banyak kita tahu. insyaAllah.


*bergaduh-gaduh guruh dengan kilat. entah berapa ekor syaitan dah kena panah.

3 comments:

hannaani said...

Aina Emir tu mak kawan orang hehe tibe2 pulak.Sha,tempat dalam dunia yang kalau diberi peluang lagi untuk orang pergi tapi orang TAKNAK pergi ialah Indonesia.

N.I said...

haha.
nani, itu sebab awak dah dapat peluang pergi.
untuk yang belum pernah dapat peluang, biarlah dapat pergi sekali.

:)

Ninja Padang Kota said...

Buya Hamka. :')