19.11.10

dalam kereta

bila masuk kereta, aku paling suka diam dan dengar.
selalu mak, abah dengan abang akan bersembang banyak benda. kadang-kadang, bergaduh pun banyak.

momen tadi dalam kereta, selain mengimbau pasal Tok Su yang mengajar mengaji masa di Penang dulu, tentang kedai-kedai makan dan suasana Penang zaman dulu,
ada beberapa lagi perkara yang aku dengar, dan aku diam.
tentang Mazhab-Mazhab dan pecahan kepercayaan, tentang Kapten Dion yang berjaya melepasai segitiga Bermuda,
tentang Saidina Ali dan Siti Aisyah, Perang Unta,
mengenai hukum kita mempertikai amal ibadat dan niat sesama Muslim, menilai orang lain dengan apa yang dia pakai, menyanjung orang lain yang luarannya alim, mengangkat darjat dengan ukuran harta dan

yang paling terkesan ayat abang yang ini, 'last-last yang paling bagus sekali, kita kena diam je. jangan cakap banyak sangat.'

diam.

banyak bagusnya bila kita berdiam. berfikir, dan mencari solusi terbaik didalam akal dan hati.
tetapi bukan semua boleh selesai dengan berdiam.

3 comments:

afdhalluddin said...

setuju....

Nisha Ismail said...

awak semua pun setuju kan. :p

afdhalluddin said...

benda btl kene la setuju...
=p