10.11.10

lukanya dalam, parutnya tampak.

telefon genggam aku jatuh dari meja, berderai.
terkeluar penutup punggung dan bateri.
aku tak rasa sebarang kuasa angin atau nafas manusia lain selain aku di ruangan waktu ini.

aku teringat sebentuk senyum. senget senyumannya.
selalunya aku tak suka senyuman senget, terutama dari lelaki.
aku nampak aura gatal ada di situ.

aku terfikir dua tiga perkara tentang pengukir senyum itu.
senget atau tidak aku abaikan.

aku harap aku akan terpilih untuk dia berkongsi semua kisah puakanya.
bermula sekarang aku bersedia.

kalau nanti tidak berjumpa di syurga atau di neraka juga aku tidak salahkan siapa-siapa.
ini cuma harapan yang aku terjemahkan ke dalam bentuk doa.

tidak ada perjanjian apa-apa juga.
tidak nampak sebarang perkongsian juga di sini.

kita sekarang sedang deal soal cinta, bukan?
tetapi selepas beberapa perkara aku lebih selesa untuk bicara soal jodoh sahaja.
biar cinta tidak datang sekarang, biar datang nanti-nanti.
datang bila kita sudah berjodoh.
risau bila cinta datang sekarang, benci pula datang nanti-nanti.

ada yang mengajar aku tentang ini.

aku nampak ada lengan jantan yang memimpin tangan anak perempuan sulungku di dalam mimpi tadi.

itu semua selepas dia kuburkan cerita sengsara dia dan putuskan mahu bahagia.
bila masa, ia masa.

2 comments:

Para Jamaludin said...

yep bebeh.
when its time then its time.

Nisha Ismail said...

jadi sekarang belum lagi.