2.11.10

impian dan angan

bila perempuan pasang impian.

impian yang aku sangap sekarang;

aku mahu ke taman.
dengan yang aku cinta, bersama tikar mengkuang lama,
bakul fesyen lama.
buat letak bekalan makanan;
isinya soda lemonade yang aku rasa cuma pernah aku jumpa di kedai Soto di hujung pekan Alor Pongsu.
bersekali kek coklat buatan tangan sendiri. (nasiblah kan sedap tak sedap kan)
ada props lain seperti kain bentang kotak-kotak, dan selendang yang warnanya merah hati, buat cantik ditiup angin.
warna merah hati, tanda warna hati.
aku bawakan juga novel Inggeris lama, dari Jane Austen mungkin.
untuk melengkapi.
piknik ini menjadi-jadi, bila ada satu tempoh masa aku bacakan puisi.
dan dia menyanyi.

tetapi kami tidak menari, kami cuma melirik mata sesama sendiri.

ada satu ketika kita rasa kita mahu menjaga.
tidak dijaga tidak apa. iya?

* hah, kau tengoklah lagi drama melayu Sindarela sambil-sambil baca nota. siap berangan nak jadi Nadia Aqilah Bajuri ni apa cerita?

5 comments:

Para Jamaludin said...

walaupun you bukan raja di negara inderapura, tapi u tetap raja dalam hati i..btul tak?

aku ingat line zoela je. hehehe!
takde something bos..takde something

Nisha Ismail said...

aku rasa nak hafal semua line rania dengan mak dia je
pehh. haha.

Zul said...

setuju, buat je apa yang kita suka....rare atau tipikal tu bukan kita yang pra-kategorikan...lebih bagus hibrid, buat yang orang rasa tipikal dan rare..dapat dua2 dunia, haha

Zul said...

setuju, buat je apa yang kita suka....rare atau tipikal tu bukan kita yang pra-kategorikan...lebih bagus hibrid, buat yang orang rasa tipikal dan rare..dapat dua2 dunia, haha

Nisha Ismail said...

zul:
haha. itulah. kalau nak kena ikut rentak orng aje susah.
:)