lewat begini yang tinggal cuma suara-suara mati manusia,
berdengkur dalam sunyi.
dalam keadaan mata pejam akal lena,
pasti liar syaitan merasuk corakkan mimpi.
yang terpaling mahu untuk aku berjaga adalah kerana yang aku mahu lihatkan,
ialah sumber cahaya yang nyata pada realiti.
mimpi kadangnya tidak menjadi, terbalik atau jauh jalan cerita.
mengigau bisa lorek senyum dan tawa yang tiada kemana.
tahu,
roh siapa menyisip di mimpi, susuk siapa diperhati?
shhh.. jangan bising. takut gelap.
1 comment:
xkn gelap pown tkut..bljq2 la xtkt dlm gelap2.haha
Post a Comment