12.10.10

seru hati jadi berani

masalah, mustahil untuk kita lari.
mungkin kita boleh melengah-lengahkan,
tetapi lebih baik berhadapan.

dengan masalah keluarga yang baru selesai bonda adukan tadi,
yang sebenarnya menjadi cerita tradisi sepanjang zaman kami,
terima kasih Tuhan untuk beri aku pendengaran bersama kawalan pernafasan yang tenang.
kerana setiap kali cerita dan angkara yang sama yang aku dengar sejak aku mula kenal dunia manusia yang real ini,
aku sudah rakam kemas dalam hati dan akal aku bahawa aku sentiasa dapat terima,
malah bertahan.
sehingga sekarang.

girang aku, banyak tanya aku, gelak besar aku dan bingit suara aku;
itu belum kuat untuk kata aku hidup tidak punya suram dan sengsara.
cuma aku bukan lemah untuk tidak berlawan.
dengan ini aku memilih menjadi perkasa untuk setiap episod entah apa-apa dalam dunia.

dan sekarang, soal rasa jatuh ke tempat entah nombor berapa.
tak sehebat punya cerita sulit yang Tuhan mahu duga dalam institusi paling agung di dunia; keluarga.

mujur mak abah gagah. teramat gagah.
semoga Allah lindung mak abah.

cinta, sayang dan doa dari hati yang tidak pernah berhenti.

cepat, kita seru hati-hati kita jadi berani. :)


No comments: