17.10.10

pissed off

secara jujur aku mengaku aku bukan jenis yang reti buat lawak.
sebab itu aku di kalangan kawan-kawan selalu jadi tukang gelak,
paling hebat pun lawak aku cuma secara tak sengaja.
dan setakat ini aku bahagia sebab dapat gelak, lebar-lebar.

kalau kita nak buat kelakar apa kata kita fikir dulu kita terer ke tidak nak buat kelakar.
sebab nanti habis cerita orang cuma jadi menyampah dengan cubaan kelakar kita.

dan sekarang aku memang tengah meluap-luap menyampah dengan sesetengah orang yang tak faham cool dan kurang ajar itu ada beza.
silalah ramah, kalau kau tahu caranya.
tapi kalau kau rasa ramah kau ada pelik sikit yang macam nak dekat-dekat kena tampar, baik diam.

dan aku macam gitu kadang-kadang.
aku tak pandai ramah-ramah.
jadi sudahnya aku cuma akan duduk diam-diam atau bising dengan kalangan yang aku rapat daripada aku tegur semua orang tak tahu hala tiba-tiba sesat.

dan memang patutlah bila aku tanya orang kenapa tak tegur,
padahal dalam facebook mesranya bukan main,
orang kata 'aku tak cam muka kau. aku cam muka kawan kau yang berdua tu saja.'
tak apa. lagi nak kata aku artis?
cuba lagi untuk definisi artis bahagian kau. aku bukan artis.
aku tak mahu jadi pun. dan sila naik atas pentas pegang mikrofon tinggi-tinggi kalau kau mahu sangat jadi artis,
dan berhenti menganjing aku.

susah lah.
menyampah kau tahu tak?

2 comments:

HS said...

sape yg x tegur

N.I said...

tak ada.
umpama je tu..