macam irama dan lagu, itu juga salah satu bentuk perkongsian.
kadang-kadang perkongsian bisa jadi gabungan.
kita tidak perlu ada sesuatu in common sahaja semata-mata untuk berkongsi cerita.
mungkin ada yang akan kata, kau dan aku tak sama.
maka kita tidak sehala, kita tidak ditakdirkan bersama.
layan Slipknot dengan Siti Nurhaliza tak sama gayanya.
berkongsi perkara yang kau ada dan aku ada yang tidak serupa bagi aku lebih mengujakan,
berbanding kita bercerita benda yang sama berulang-ulang masa.
macam orang cakap kalau lelaki handsome selalu dapat perempuan tak cantik,
perempuan cantik akan dapat lelaki tak handsome.
itu satu bentuk gabungan.
tetapi ini teori paling fakof bagi aku. cantik itu subjektif.
kita kongsi rasa, kongsi masa, kongsi udara, kongsi cuaca.
dan apa kata kita cerita perkara berbeda juga supaya keadaan jadi lebih ceria,
seperti aku gemar membaca, aku unjukkan bacaan aku dan
kau melukis, kau gantungkan lukisan selaras pandang mata aku.
kita tidak mungkin sama sekali faham apa yang pihak lain rasa.
cuma kita boleh berkongsi.
berkongsi.
bersatu dan mencari serasi.
2 comments:
setuju,
:)
Post a Comment