5.10.10

jangan makan buntut ayam banyak sangat

mulut orang, tak payah tunggu kita ni masih hidup.
tunggu nanti kenduri arwah malam ke-100 pun kalau dia nak bercakap, dia akan bercerita juga.
tak akan habis.

kita asyik dengar, dan ambil kisah.
kita dapat apa? dia puas. biar dia.

bagi aku sendiri sekarang, aku memang ada masa dulu yang aku tersilap.
tak kena memilih, tak kena membuat keputusan.
ya, itu silap aku. dan ramai yang tahu.
aku tahu itu.

cuma, aku tak rasa orang lain sangat berhak atas diri aku untuk cuba menjadi hakim dan judge aku pelbagai macam berdasarkan pilihan dan keputusan yang aku buat dulu.
cerita yang empat lima tahun lepas berkenaan aku, biar aku sajalah simpan. cerita aku.

aku tahu belakang aku kau bercerita, teruskan.

terus pergi pengaruh orang sana sini untuk nampakkan aku ini tetap sama seperti empat atau lima tahun lepas, yang silap, yang tidak tahu buat keputusan.
dan bila yang kau pengaruh itu terpengaruh, aku mau tepuk tangan.

sekurang-kurangnya aku tahu aku cuba ke depan untuk ubah diri aku,
dan kau cuma duduk di tahap empat lima tahun yang lepas,
tidak mahu berganjak dan cuma mahu lihat sisi silap orang lain.

kalau kau bercakap pun aku tidur nyenyak.
kalau kau diam pun aku makan kenyang.
chillex.

2 comments:

Para Jamaludin said...

tp...buntut ayam sedapppp

N.I said...

cuba makan dengan membayangkan.
nak lagi tak?