semalam kami bertolak jam 7 dari UIA, pergi IIC untuk konvoi dengan budak-budak sana,
dan singgah solat di masjid sebelah apartment budak-budak IIC.
mak oi lah, nak sampai UNISEL ni bukan calang-calang punya jalan, jauh ya amat. malam pulak.
mau dekat pukul 10 jugak baru sampai.
sepanjang malam semalam adalah best sebab aku happy, dan rasanya semua orang pun happy happy. berkumpul, makan, membahan, bergelak, berborak, membahan, membahan, bahan lagi, sampai balik.
malangnya memang selalu orang yang gigi arnab macam aku ni tak dapat lari dari kenan bahan.
cakap sikit, buka mulut sikit, gelak sikit kena fire.
patuk, kapak. semua benda keluar. dan part yang nak last-last tu, aku rasa riak muka aku macam berubah sikit sebab yes, aku malu.
wei, malu kot kena bahan depan dekat 10 orang di meja panjang tu, lepas tu semua orang tengok nak fokus kat gigi aku je dan semua gelak?
damn juga. aku memang cepat sebak kalau bab-bab macam ni.
tapi mujur semalam boleh cover dan aku gelak sekali, lepas tu aku bahan orang lain pulak dengan point yang lain.
padan muka hampa.
fasal gigi aku ni. memang kadang-kadang terasa bila asyik kena gelak, kena kutuk.
macam hodoh bebenor?
tapi aku fikir kawan-kawan yang bahan aku bukan betul-betul niatnya nak condemn kekurangan aku, cuma mengambil bahagian cacat gigi aku untuk mengeratkan silaturrahim antara kami, sebab bila semua orang gelak, semua orang pun happy dan bila semua orang pun happy, relationship pun boleh jadi strong.
and what more can i ask from God rather than happiness of my beloved people?
mak dengan abah selalu je puji aku. of course la, i'm an only daughter.
dan sebenarnya aku ada terlalu banyak lagi perkara penting lain yang aku kena fikir, contohnya, habiskan belajar, menulis, membaca, berlatih, manage program dan sebagainya dengan kawan-kawan aku ni juga daripada nak fikir;
terasa lah orang gelakkan gigi,
nak pakai braces,
nak menyorok sebab malu gigi arnab dan lagi dan lagi.
tak ada masa untuk itu kot? dan wei, braces mahal kot.
kalau anak orang kaya boleh lah. duit yang ada aku boleh buat benda lain.
bayar yuran, buat modal selendang ke.
dan in fact, kalau nak terasa lebih-lebih nanti semua orang pun lari. nak gurau pun susah macam mana?
macam lah aku sendiri tak ada bahan orang kan? kehkeh.
Tuhan jadikan aku memang tidak sempurna, tetapi sesempurna manusia lain yang tidak sempurna juga.
jadi kita sama.
dan after all, kekurangan aku ini buat aku makin banyak bersyukur dengan kelebihan yang Dia kasi ke aku.
dan Alhamdulillah setakat ini belum terlintas untuk mengubah apa-apa ciptaan-Nya.
gigi cuma tak sama, bukan menyukarkan pertuturan, bukan menyusahkan penghadaman.
cuma nak jadi cantik sikit, pakailah pendakap. i don't think i have to do so.
apa pun, itu hak masing-masing kan?
gigi arnab pun bukan tak ada orang sayang, bukan tak ada rezeki Tuhan. :)
entri ini, cuma nak bersihkan semula rasa yang datang masa duduk kat meja panjang semalam dengan budak-budak tu; sebak dan malu lah bongok.
haha.
padahal tak ada apa pun, mungkin hormon.
love all to bits. :D
*keluarga
9 comments:
arnab pun comel
kena dengar balik puisi 'subjektif'.
u are beutiful sis. always. remember that! :)
love u too bebeh.
bagus awak faham. kegemukan saya pun selalu orang buat main. macam tu jugak yang saya rasa. kaki pendek tak siap saya lagi. sebutan pelat 'r' saya lagi.
leave and let it be.
yang penting happy.(walaupun tak)
hahahah!!
asyik kena kacau ja tin. thanks btw, love. :)
gurau senda lg baik dr berduka lara kn?
kak faz:
mana kakak tau saya dengar malam tadi? hahah. magik. dengar puisi itu semalam, dengan lagu 'siapa yang engkau cari' sekali. always inspiring.
terima kasih kakak. :)
para:
happy la, happy. semua orang ada kurang. semua orang pun kena bahan jugak. fair n square.
kalau tak endah, diorang tak kacau la. ye dok? <3
atin, betul. jangan duka2. :)
org nk kta biaq ja.ttp cntik wlaupown arnab
terima kasih akram. :)
Post a Comment