honour the past
but welcome the future - e. e. cummings
jadi, apa harta yang paling awak hargai dalam hidup?
kalau saya, selain keluarga, kekasih dan teman-teman, saya pilih kenangan.
kalau tidak kerana kenangan-kenangan yang saya kutip dari masa lalu saya, masakan saya di sini ada bercerita dan menulis itu ini, tentang semua yang saya pernah ada.
tidak kira cerita itu luka ke suka ke, tetap kenangan kan? dan setiap masa kita tempuh pasti akan nanti jadi cerita untuk kita kitabkan dalam kepala dan jiwa.
setuju dengan Cummings? :)
mari kenang sedikit.
tahun ini, puas berbuka puasa dengan kawan-kawan sebilik yang selalu cukup, puas balik hujung minggu tolong mak abah buat kuih raya. puas juga buka puasa dengan Nadal.
tahun ini, puas raya. puas sangat gila punya.
tahun ini, puas kena maki dekat formspring sebabnya, si anonimah ni meluat tengok gambar-gambar aku kat facebook yang perasan cantik katanya, yang kononnya perangai aku syaitan lahanat yang patutlah dulu putus dengan ex-boifren. kena maki lah jugak, belajar aku bukan pandai sangat yang tau tulis puisi-puisi macam orang bodoh pun reti tulis katanya. kena jugaklah sebijik kat aku ni tak sedar diri. (kan aku dah guna kata ganti nama 'aku'). apa masalah pun tak tahu. jadi dari panjang-panjang, you can get out from my list.
tahun ini, puas jumpa semua orang yang teringin sangat nak jumpa.
tahun ini, puas dapat buat apa yang teringin sangat nak buat dari dulu, contoh; dara.com dan birthday out dengan anak-anak segeng. loves.
macam cerita Charlies St. Cloud ni hah, yang banyak gila kenangan dia dengan adik dia yang mati ni. tapi kenang-kenang pun jangan sampai terpesong lah.
cumanya, memang kenangan dan memori kalau dengan manusia kimianya sangat kuat.
people can be better or worse because of it.
dan semua kenangan ini, samada kena senyum, kena maki, kena najis macam mana pun, sudah buat saya lebih waras berbanding dulu.
kita memang tak hidup dengan masa lalu, tetapi masa lalu sedikit sebanyak mencorak masa depan.
insyaAllah.
jadi sekarang, mari teruskan projek masa depan.
berlatih untuk sabtu ini 2 Oktober 2010, siapkan zine 3 Kuntum II, khatam Oliver Twist, Emily Dickinson, Thomas Hobbes, John Locke, kerja kuat untuk team basketball Maryam United, University Sport Carnival 2011, menjahit manik di selendang, dan terus buat apa yang mahu buat.
untuk tidak punya kakak dan adik perempuan, saya berterima kasih dengan Tuhan atas pemberian teman-teman seperti yang saya ada sekarang
terutamanya Para Jamaludin, Dayah, Pinie dan Nadal Razak untuk sentiasa ada, tidak pernah tidak ada.
love to bits.
* sebenarnya niat hati nak tulis pasal cerita Charlies St. Cloud, tapi macam nanti korang tengok sendirilah.
2 comments:
oliver twist yo!
alah sha persetankan apa orang kata.hidup kita,bukan hidup dia.
hehe. oliver twist ni. adehh..
saya ok la nani. :)
Post a Comment