12.8.10

surat kepada tuhan


Tuhan,


saya minta Kamu lindungi saya, keluarga, sahabat dan teman dari setiap satu musibah dunia.
andai ada dugaan dari-Mu dalam proses mendewasakan hati dan fikiran kami sesama manusia,
moga-moga tidak terlalu berat untuk saya pikul dan hadapi.
mungkin ada ketikanya, langkah saya tersasar daripada apa yang sepatutnya,
sehingga menyebab terlukanya hati dan terganggunya fikiran yang di sekeliling saya.
saya akur. dengan hukuman dunia yang Kamu perjelaskan,
bahawa saya perlu merasa sesak begini.
namun Alhamdulillah saya masih ada kudrat untuk berdiri gagah dan utuh, tidak jatuh.
terima kasih Tuhan, dalam minit Kamu tarik nikmat persahabatan saya bersama yang Kamu kehendakkan, Kamu masih menitip insan-insan yang saya tahu tinggi sayang dan kasih mereka pada saya.
dan dengan apa yang terjadi lewat dua menjak ini buat saya semakin berfikir,
yang indah tidak selalunya indah.
manusia sering mengada-adakan yang tidak ada, dan menafikan yang sepatutnya.
yang dimahu tak seberapa, keinginan bermaharaja.
ikhlas dilempar jauh entah kemana, bila terkhilaf, hilang selama-lama pun tidak mengapa.
kerana, dulu dimahu mungkin atas dasar nafsu.
Tuhan, jauhkan saya dari amarah menerus, dari terus menyimpan dendam.
kerana seperti mana saya mahu keputusan saya dihormati,
begitu juga saya mahu keputusan yang lain saya pandang tinggi.
saya yakin dengan penghabisan ini, saya tidak akan lagi sendu dan merasa terganggu.
saya ambil ini sebagai langkah aman untuk diri. untuk yang sekeliling.
walaupun pada sesetengah pihak, dia merasa aman dan damai itu tidak perlu.
jika boleh, dibenam ketanah saja itu jalannya.
saya berbohong jika saya katakan saya tidak terkesan, Tuhan.
tetapi saya tidak mahu terusan lemah, dipandang tiada maruah.
mengikut Kamu, saya harus memaafkan dan Alhamdulillah, maaf itu sudah lama langsai di pihak saya.
cuma Tuhan, ampunkan saya detik dan ketika kerana untuk melupa setiap duduk perkara, itu saya tidak bisa. saya tidak dendam, saya jugak tidak akan pernah lupa.
Tuhan, saya minta Kamu perhatikan, yang dia benar-benar puas hati.

yang benar,
masih gagah dalam dunia sendiri.


4 comments:

semut lelabah said...

Allah Maha Mendengar dan Pengasih...

Banyak kan bersabar..

Moga ko kuat teruskan hidup nie..

N.I said...

terima kasih.
alhamdulillah masih gagah. :)

Anonymous said...

semoge semakin tabah!:)

N.I said...

riena riena sayang !
terima kasih. :)