9.8.10

hormat, bukan susah.


awak bisa kemukakan alasan, itu ini, semua itu tak bisa menutup apa yang sedang awak bicarakan pada dunia.
dan saya mungkin bukan cerdik pandai yang boleh membaca apa tepatnya, apa benarnya,
cuma saya bukanlah bodoh sangat juga untuk dungu bebal tidak faham dengan apa yang awak bicarakan.
saya faham.
semua ini permainan yang sudah lama kita mula, dan damn it kita tidak tahu mana mahu hujungkannya.
dan saya mahu atau tidak, harus perlu letak titik untuk ini semua.
saya cuba noktahkan, dengan cara yang paling tidak selerak.
dan jujur saya kata saya harap awak faham setiap perilaku yang saya perincikan.
bukan membebankan keadaan, bukan juga lebih mencelarukan.
kita tahu kita siapa, dan keliling kita siapa. setiap apa yang kita perbuatkan, bagi saya bukan semata saya dan awak, tetapi manusia di atas, di bawah, di kiri dan di kanan dunia kita.
fikirkan itu.

hormat, bukan susah.

No comments: