31.8.10

ada tiga aras asas


1) wajah awak. wajah saya.
2) akal fikiran awak, akal fikiran saya.
3) hati awak, hati saya.

kita berjaya aras pertama. awak pandang wajah saya, saya pandang wajah awak. kita senyum.
kita juga berjaya aras kedua. dengan diskusi serba sedikit, berbicara hal-hal biasa, berbincang tentang dunia, menyelam apa yang awak mindakan dan memahami apa yang saya fikirkan. ini biasa. bertukar pendapat orang intelek kata.

seterusnya aras ketiga. saya menentang keras kerana seperti sudah terbiasa, sesiapa yang terjerumus aras terakhir ini bakalan terjerumus terus, langsung melupa aras pertama dan aras kedua. bisa memaki, bisa membaling tuba ke wajah tadi. jadi baiknya jangan.

cukup aras satu aras dua.

kadang-kadang tak perlu sampai hujung, di tengah jalan juga sudah kita jumpa apa yang dicari dari mula.
kedamaian.

:)

2 comments:

Bainun Waheeda said...

saya nak senyum2 sahaja :)

Bainun Waheeda said...

saya nak senyum2 sahaja :)