5.7.10
kwik
sempit padat dan sendat.
sepanjang minggu hujung Jun, saya sibuk di MIHAS.
oh, sibuklah sangat. kerja saya selain binding, fotostat, faks, angkat telefon, kira stok, susun kertas, perasan pegang mic, dan jaga bilik;
ialah duduk lepak sampai lebam.
dan lagi baik suruh saya jaga parking daripada saya perlu melengung seorang dalam organizer room. :D
apa pun, pengalaman seminggu ini terbaik.
saya sangat gembira. sangat.
terima kasih istimewa untuk team UIA, terutama Najwa, Diana, Zul dan Usop.
kawan-kawan terbaik, Ecah, J, Poni dan Kak Wani.
terima kasih istimewa untuk kakak-kakak dan abang-abang staff MIHAS.
semua memang super osem.
jadi baki cuti yang tiga minggu tinggal jadi dua minggu.
di rumah makan tidur macam biasa,
selain ulang-alik ke Klang urusan keluarga.
semua orait, Alhamdulillah.
Maskara 22, lega.
kalau tak ada kali pertama, manakan ada kali yang keberapa berapa.
terima kasih Para, Dayah, Nadal, Meme, Pagad dan Khairi.
Abg Pyan, Kakak, Kak Fazleena, Farhan dan semua. Alhamdulillah lagi.
semua orait-orait saja.
puisi Cinta Berdosa saya akan masuk dalam Peri Puisi dalam masa terdekat.
:)
dan oh, dara.com Julai memang sebuah kejadian indah untuk saya sebenarnya.
step satu, step dua beri hasil.
dan puisi saya juga di edisi yang sama. Alhamdulillah lagi.
(picis, tapi untuk saya besar maknanya)
saya mau Julai saya tahun ini baik-baik.
semoga, ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
haha.. bersyukurlah. kene btol2 dpt jage parking, mau nangis air mata darah. semua org ada penat masing2.. kami kt venue mau tercabot kaki dek pusing2 n berlari lam hall tu sambil telan maki hamun org lalu lalang. klo iman xkuat di dada, mau pijak2 je org kt situ. heee..
usaha2!
haha.. yelah. sebab tu org venue sibuk sgt nak duduk dalam bilik tu padahal yg dalam bilik tu macam nak putus urat kepala duduk saja tak ada kerja.. :P
haha, tak da keja pun putus urat kepala. ada keja putus urat kaki. semua mau putus urat saja. klo tido , putus urat mata. apa2 pun mesti ada putus urat. di mana saja yg jd persoalannya. jd apa2 pun kerjanya, sentiasa hepikan diri walaupun xberapa nk hepi ya!
eh, mana ada tak berapa nak hepi. hepi gila ni. dapat kopi free lagi, walaupun cuma satu.
sebab ada la budak2 yg kuat sgt kerja bantai sampai dua tiga kan.. haha
sapa yg bantai smp dua tiga? mmg langsung xigt org lain yg xdapat betol la budak tu. kasihan sbb ramai juga yg xdpt kopi free.
ha.. tau xpe.. :D
tau tak pe.. :D
Post a Comment