17.6.10

mimpi lagi


malam tadi dia datang mendekat,
dan menyisip suara halusnya ke telinga untuk aku dengar
apa yang jiwanya sedang cuba perkatakan.
mengenai cerita hati, mengenai cerita naluri.

lalu aku juga bisikkan pada dia,
melalui kata-kata tanpa suara, yang aku benar-benar mahu dia.
cuma bukan di sini rasanya.

aku mahu di luar sana.
di bumi nyata.
di mana cerahnya awan kadang-kala bertukar mendung.
di sana yang matahari bukan selalu terik, bukan selalu terang.
di malam yang ada bulan, kadang tak berbintang.

di realiti.

bukan di sini.
ini mimpi.

2 comments:

hannaani said...

nice :)

N.I said...

terima kasih yang :)