16.6.10

manusia, kalau sudah rasa dia urban.

macam rusa masuk kampung, macam lembu dicucuk hidung.
awak nak tahu satu perkataan paling sesuai untuk awak tak?
bongkak.
ye, awak bongkak sebenarnya.

saya bukan marah, cuma menyirap.

pagi-pagi tadi saya buka facebook,
adalah saya nampak satu status kawan saya (Sukairi Abadi) ni marah-marah dengan kawan dia (Jijah Jempol) yang update status yang dirasakannya tidak patut.
ok, ini bukan titik punca sebenarnya.

yang buat saya menyampah adalah, bila saya baca komen rakan dia (Lunas Mayas) di status tersebut,
yang ala-ala
"teruknya, kalau aku mesti aku dah delete dia dari list. macam terkejut budaya saja. budak kampung manalah tu kan. hehe."

ok. saya macam nak menendang sikit lah tengok ayat "budak kampung manalah tu kan" tu.

oh, bandar sangat rupanya Lunas Mayas untuk jadi layak kata orang lain kampungan apa semua.
ya?
oh, budak bandar memang boleh lah update status camcibai apa gaya pun. tadahal.
ya?

apa sebenarnya kaitan facebook, status, bandar dan kampung ni?

seriusnya saya tak tahu apa yang Jijah Jempol dah update di status sampai Sukairi Abadi marah ya amat,
tapi entah kenapa saya yakin betul yang Lunas Mayas ni pun tak tahu sangat apa yang Jijah Jempol tulis sampai dia boleh nak kutuk tak hengat.

Sukairi Abadi nak marah, itu hal dia.
mungkin dia ada sebab nak marah.
Lunas Mayas, kalau pun awak nak tunjuk supporting details sangat dekat Sukairi Abadi, tak payah lah jadi lembu kena cucuk hidung.
fikirlah dulu.

kalau nanti raya, awak balik raya kat hulu selangor ke, kat taiping ke, kat pasir mas ke, kat kuala pilah ke,
saya memang syorkan lah awak boo diri sendiri.

again, can't we just respect people?



6 comments:

Para Jamaludin said...

sukairi abadi ea?
kool gile nama

biasalah. kita sekarang terlalu compete untuk menyibuk dan memberi pendapat.

semua manusia sama sebenarnya.

Nisha Ismail said...

terlalu compete untuk menyibuk dan memberi pendapat.
so true.

dewimimpi said...

herm betul tu. suka2 kata kampung. fikiran dia pun tertakuk pada konsep kampung tu negatif je...:P

Nisha Ismail said...

urban pada gaya mungkin.
:D

riena azneira said...

biase la manusia nak kate modern sngt pn tak jugak,asal melayu pn dri kampung jugak!sungguh jahat org itu!kite semua melayu yang memang asal dri kampung..

itu betul!
tanya nenek moyang!heh~

Nisha Ismail said...

hai rina. :)

tak kisah lah kalau dia memang asal bandar.
tapi tak sedap lah tgk tulisan dia.
macam jijik benar dgn org kampung.