10.1.10

saya


setakat 10 hari tahun 2010 ni, saya rasa semua perkara indah dan bagus-bagus belaka.
cumanya, saya belum jumpa ibu bapa saya.
saya rindu yang amat.
tapi kekangan masa buat saya tercari-cari waktu ideal dan saya betul-betul banyak kerja. oh.
nanti saya nak pulang ke rumah lah.
setakat 10 hari ini juga, banyak benda yang dulu tersimpan kemas tersembunyi, akhirnya tersingkap.
mulut kamu mungkin diam tak bicara, tapi mulut manusia lain sentiasa ternganga bagai tempayan tua.
jadi, jangan risau tentang rahsia kamu.
sebab kalau salah, mesti bocor juga.
oh, saya dah tau dah pun.
bagus untuk kamu, dan sangat bagus untuk saya.
sekarang saya rasa saya beruntung sebab saya nampak kamu yang rugi.
bunyi bagai riak.
tapi apa bezanya?
dulu pun kamu sama juga, kamu kejar yang orang punya.
sekarang pun kamu sama juga, kamu pegang-pegang yang orang punya. juga.
patetik.
saya seronok dengan perkembangna hidup saya dan kawan-kawan setakat ini.
saya dapat dua tiga kerja bagus, orang-orang bagus, dan projek bagus.
cuma, itulah. masa.
doakan saya, ya.

Tuhan, bantu saya?
:)







2 comments:

MOFASAD said...

tuhan sentiasa di sisi awak dan akan membantu awak sentiasa...

Para Jamaludin said...

=)