21.9.09

Raya


raya aku dulu

malam raya berkumpul di rumah pusaka
main bunga api, main mercun
sampai terbakar lengan baju. tak kesah.

pagi raya, siap cantik lawa di rumah
tunggu abah sembahyang sunat raya
makan daging sedap mak masak
bertolak balik rumah pusaka

sampai di kampung, terus ke kubur
sedekah al-fatihah untuk arwa tok ah, wan jan, tok tet, tok wan.
balik rumah pusaka, berkumpul
makan-makan. beraya.

tengahari sikit, masuk kampung abah.
beraya dengan mak lang, man ndak dengan adik-beradik abah.
sampai petang.
bertolak balik taiping, singgah rumah mak nyah.
salam peluk cium.

pulang ke rumah.
siap-siap, esok raya ke-2.
rumah terbuka pula biasanya.
saudara yang lain bertandang ke rumah.

****

raya aku sekarang,

aku pun dah kurang pasti mau tafsir.
bukan macam dulu lagi.

****

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin, tersilap laku, tersalah bicara.

2 comments:

hannaani said...

org pun rase raye dah laen skrg.mne blek kg dah.pagi raye lps solat picnic kt klcc.pastu siap boleh g mall lg.tp best jugak raye cmni ;)

Nisha said...

nani: ada jugak rasa seronok nye. xtau la nani, kurang dah rasanya..