16.8.09

Bulan aku


bulan

kenapa sunyi?
bicaralah maksudmu
boleh aku telah nanti

katakan perlu aku
katakan mahu cintaku
katakan kau dahaga kasihku

malam kian kelam
bayangmu makin hilang

bulan
jangan terus gerhana
biar sabit, namun tetap ada
biar kabus, sinarmu berjaya

aku rindu kau
aku mahu ke pangkuanmu
namun jauhmu tak tergapai aku.

aku cuma punggok
di bumi hanya melihatmu.




aku nukilkan ini untuk si bulan aku.
tiada siapa tahu.
kerana yang benarnya,
untuk aku genggam si bulan aku itu sememangnya tidak mampu.
biar dia di sana saja.

6 comments:

Anonymous said...

suka! sgt suka. plg suka antara yg lain-lain. =)

Para Jamaludin said...

ehem!
sebab bulan tu satu.
kalau bintang banyak sgt.

ehem lagi.
siapa yang satu?
mestila yang bukan dua,tiga mahupun beribu macam bintang itu.

walaupun bintang itu bintang batu.
omputih kata rockstar. keke.

ehem2 banyak sikit.
dah suka tengok bulan ke?
dulu bukan suka tgk satelit ke? wakakakaka.

aku nak gelak smpai subuh minggu depan.
err..aku spoil mud ea?

N.I said...

kambeng hitam: suka ya? terima kasih daun keladi. =)

para: hahahaha. dah lama ke hidup?

satelit itu zaman 17 tahun ok.
di luar surau mau jalan ke kelas prep, sambil sorang satu pilih bintang masing2.

satelit aku tak berganjak tempat.
tiap kali pandang ada di situ saja.

sekarang zaman 21 tahun.
aku pilih bulan pula.

haha.

boleh buat gelak sampai bulan puasa ni weh.
biadap betoll~

Para Jamaludin said...

hahaha..bajet satelit kekal seri abes r weh.
taik ah. kekeke.

pe salah sekali sekala pandang belakang.
bukan ada antu. ada kenangan2 je pun.
sebahagian dari hidup jugak.

N.I said...

para: betul.
aku bukan tak mau pandang belakang,
cuma rasa mahu lihat depan saja.

kau tahu kan sahabat?

;)

Para Jamaludin said...

tau2. sungguh tau.