28.3.11

Non Fiction (7)

kami sanggup duduk menghadap kamu ketika kamu membelakangi kami sambil rokok tersepit di celah dua jari.
kami pernah letakkan wajah kamu di skrin hadapan telefon bimbit dan sebagai background laptop kami.
kami salin setiap satu tulisan kamu dan kami baca bila mahu rasakan pilu.

lihat hati kami ini.

walaupun pecah, bagi kami kamu tidak pernah bersalah.
walaupun dihina, bagi kami bukan kamu pelakunya.

lihat hati kami ini.

tersenyum bila kami dengar tawa kamu sedang sayup sayup dari meja sebelah.
kami ikut ketawa bila kami sedar ada kamu dihadapan mata.

lihat hati kami ini.


sebenarnya tidak ada tempat untuk kamu lagi.
tempat kamu dalam hati kami kamu sudah pecahkan sendiri.

6 comments:

tepianmuara said...

dua baris akhir macam paradoks je.
err, maaf kalau salah.

ain. said...

deep.

nanti bagi dia dengar lagu 'jar of heart'.baru dia tau dia siapa.

Nisha Ismail said...

tepianmuara: paradoks, yang Pakatan Paradoks ke? wallahualam. sebab banyak pengaruh diorang jugak kot, tapi insyaAllah bukan plagiat. :)

ain: cewah. who do yu think yuo are lah ye dak?

Nisha Ismail said...

* you.

apa kena yang mengeja pun ke laut ni.

panggil saja rapunzel~ said...

nisha, tepianmuara maksudkan paradoks secara literal kot.


eh, kamu sehat?
aishah dah deactivate fesbuk. jadinya tak dapat nak ikut update kamu :(


*peluk cium*

Nisha Ismail said...

Aishah!

haha. oh ye? itulah dah konfius paradoks yang macam mana. ok sebenarnya nisha tak tahu jugak. saya tak master sangat benda2 macam ni. main tulis je. *apalah.

saya sihat. lama tak jumpa. haritu ambil je no fon awak kan, tapi tak sms lagi.

jaga diri. will catch u up somedays. :)